BYD Seal, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM180K

Sime Darby Motors dan BYD melancarkan secara rasminya BYD Seal untuk pasaran tempatan, sebentar tadi.

BYD Seal didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD dimana Premium dijual pada harga RM179,800 manakala BYD Seal Performance: RM199, 800.


Ketua Pegawai Eksekutif Aime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pengenalan BYD SEAL di pasaran dilihat cukup bermakna dalam pasaran EV.
"Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk hebat dan prestasi luar biasa, BYD SEAL sememangnya salah satu EV paling menarik di pasaran," katanya.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Untuk makluman anda, BYD Seal merupakan model pertama yang dilengkapi dengan teknologi CTB (sel pada badan) yang cukup inovatif.
Teknologi itu dikatakan menyepadukan blade battery ke dalam struktur kenderaan bagi memastikan kestabilan dan keselamatan dalam pelbagai keadaan.

Ia turut disokong teknologi iTAC dimana ia meningkatkan pemanduan dinamik selain mengurangkan kegelinciran di jalan raya.
Model yang berilhamkan konsep X ini sebenarnya menggabungkan gaya dan prestasi dengan reka bentuk aerodinamik setanding dengan kereta coupe.
Menjengah bahagian luarannya: ia hadir dengan bumbung panaromik, rim aloi bersaiz 19-incigaya lampu depannya juga dilihat cukup menawan, dan ia menawarkan ruang but seluas 400 liter.

Bagi varian Premium, berikut adalah perinciannya:
• Tetapan motor Tunggal memacu roda belakang (308 hp/tork 360Nm)
• Mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 5.9 saat.
• Boleh gerak sejauh 650km.
Varian Performance:
• Tetapan dua motor, pacuan semua roda.
• Menghasilkan kuasa 523 hp, tork 670 Nm.
• Daya pecutan 0-100km/j (3.8 saat).

BYD Seal boleh dicas dengan menggunakan pengecas AC 7kW dimana ia mengambil masa 15 jam untuk penuh namun jika menggunakan pengecas DC, baterinya akan penuh dalam masa 37 minit.
Ia turut dilengkapi dengan kawalan adaptasi tork pintar iTAC bagi memastikan prestasi yang optimum dalam pemanduan yang berubah manakala agihan bebanan gandar depan dan belakang 50:50 bagi menjamin pengalaman pemanduan yang seimbang.
Mengenai ciri keselamatannya, anda jangan risau.


Ini kerana BYD SEAL menerima penarafan lima bintang daripada ANCAP kerana mematuhi kriterian ujian kerat 2023-25.
Kombinasi teknologi blade bateri dan binaan CTB bukan sahaja meningkatkan kestabilan kenderaan tetapi menambah baik profil keselamatnnya.
Apa yang pasti ia cukup sarat dengan ciri keselamatan seperti ciri keselamatan pasif, 9 beg udara, ada ADAS dan sistem kamera resolusi tinggi 360.

Bagi yang berminat ia terdapat dalam warna Biru Artik, Cosmos Black, Atlantis Grey dan Aurora White.
Bagi 800 tempahan awal, mereka akan menerima pengecas wallbox secara percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara PERCUMA.


Selain itu, BYD turut menawarkan waranti kenderaan 6 tahun/150,00km, ada waranti bateri selama 8 tahun/160,000 km, waranti unit pemacu untuk 8 tahun/150,000km.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat