ChargeSini Mydin: 9 Stesen Pengecas EV Kini AKTIF

Pada bulan Oktober tahun lalu, ChargeSini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mydin Hypermarket untuk menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 24 cawangan Mydin Hypermarket di seluruh negara.
-full.webp)
Setakat ini, ChargeSini telah menyediakan stesen pengecas pantas arus terus (DCFC) di 11 cawangan Mydin dari selatan hingga utara di Semenanjung Malaysia. Sembilan daripada lokasi ini telah mula beroperasi, manakala dua lagi, Mydin Gong Badak dan Mydin Kuala Terengganu, masih menantikan kelulusan daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Pengecas DCFC ChargeSini Mydin Terengganu yang masih menantikan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Kepantasan kelulusan yang diterima menjadi bukti tahap kesediaan sesebuah negeri dalam menyokong peralihan kepada penggunaan EV. Untuk makluman, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang masih tidak memiliki pengecas DCFC aktif atau mudah diakses kecuali DCFC Electron TNB di Paka, Lebuhraya Pantai Timur.
SEMBILAN STESEN CHARGESINI YANG AKTIF
Seperti yang dinyatakan, sebanyak sembilan cawangan Mydin kini menyediakan pengecas EV yang sudah menerima kelulusan dan mula beroperasi. Di Melaka, tiga cawangan Mydin dilengkapi dengan sebuah pengecas DCFC 60 kW dengan dua nozel. Cawangan tersebut bertempat di Jasin Bestari, MITC Ayer Keroh dan Alor Gajah.
Seterusnya, di Negeri Sembilan, dua cawangan Mydin iaitu Mydin Senawang dan Mydin Seremban 2 kini dilengkapi dengan pengecas DCFC 60 kW dua nozel.




Di Perak pula, tiga cawangan Mydin disediakan dengan pengecas DCFC. Mydin Manjoi dilengkapi dengan pengecas dua nozel berkapasiti 80 kW. Sementara itu, dua lagi cawangan lain, yang terletak di Meru dan Gopeng terdapat pengecas DCFC 60 kW dua nozel.

Turut disediakan dengan pengecas DCFC 60 kW dua nozel ialah Mydin Bukit Mertajam yang bertempat di Pulau Pinang.
PEMATUHAN PERATURAN EVCB
Penubuhan stesen ChargeSini di kesemua lokasi ini mematuhi peraturan EVCB yang telah ditetapkan oleh PLANMalaysia serta selaras dengan garis panduan EVCB yang telah disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Bagaimanapun, buat masa ini, stesen-stesen ini masih menantikan bekalan selimut kebakaran EV yang akan diserahkan tidak lama lagi.
CAJ YANG DIKENAKAN
Kadar pengecasan yang dikenakan di kesemua cawangan Mydin ialah RM1.19/kWh. Untuk memulakan sesi pengecasan, pengguna perlu menggunakan aplikasi ChargeSini yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Pelanggan akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan bayaran terbiar atau idle sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC
Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.
05-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
