ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini Mydin: 9 Stesen Pengecas EV Kini AKTIF

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1296217.jpg


Pada bulan Oktober tahun lalu, ChargeSini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mydin Hypermarket untuk menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 24 cawangan Mydin Hypermarket di seluruh negara. 


Mydin-ChargeSini-Caricarz-(4).jpg


Setakat ini, ChargeSini telah menyediakan stesen pengecas pantas arus terus (DCFC) di 11 cawangan Mydin dari selatan hingga utara di Semenanjung Malaysia. Sembilan daripada lokasi ini telah mula beroperasi, manakala dua lagi, Mydin Gong Badak dan Mydin Kuala Terengganu, masih menantikan kelulusan daripada  Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).


1278560.jpg


Pengecas DCFC ChargeSini Mydin Terengganu yang masih menantikan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)


Kepantasan kelulusan yang diterima menjadi bukti tahap kesediaan sesebuah negeri dalam menyokong peralihan kepada penggunaan EV. Untuk makluman, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang masih tidak memiliki pengecas DCFC aktif atau mudah diakses kecuali DCFC Electron TNB di Paka, Lebuhraya Pantai Timur.


SEMBILAN STESEN CHARGESINI YANG AKTIF


Seperti yang dinyatakan, sebanyak sembilan cawangan Mydin kini menyediakan pengecas EV yang sudah menerima kelulusan dan mula beroperasi. Di Melaka, tiga cawangan Mydin dilengkapi dengan sebuah pengecas DCFC 60 kW dengan dua nozel. Cawangan tersebut bertempat di Jasin Bestari, MITC Ayer Keroh dan Alor Gajah.


Seterusnya, di Negeri Sembilan, dua cawangan Mydin iaitu Mydin Senawang dan Mydin Seremban 2 kini dilengkapi dengan pengecas DCFC 60 kW dua nozel. 


gopeng.jpgair-keroh.jpgiar-keroh-2.jpgjasin-pulau-sebang.jpg


Di Perak pula, tiga cawangan Mydin disediakan dengan pengecas DCFC. Mydin Manjoi dilengkapi dengan pengecas dua nozel berkapasiti 80 kW. Sementara itu, dua lagi cawangan lain, yang terletak di Meru dan Gopeng terdapat pengecas DCFC 60 kW dua nozel. 


pg-bkt-mertajam.jpg


Turut disediakan dengan pengecas DCFC 60 kW dua nozel ialah Mydin Bukit Mertajam yang bertempat di Pulau Pinang. 


PEMATUHAN PERATURAN EVCB


Penubuhan stesen ChargeSini di kesemua lokasi ini mematuhi peraturan EVCB yang telah ditetapkan oleh PLANMalaysia serta selaras dengan garis panduan EVCB yang telah disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Bagaimanapun, buat masa ini,  stesen-stesen ini masih menantikan bekalan selimut kebakaran EV yang akan diserahkan tidak lama lagi. 


CAJ YANG DIKENAKAN 


Kadar pengecasan yang dikenakan di kesemua cawangan Mydin ialah RM1.19/kWh. Untuk memulakan sesi pengecasan, pengguna perlu menggunakan aplikasi ChargeSini yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.


Pelanggan akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan bayaran terbiar atau idle sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026
EV

12-04-2026
EV

13-03-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.