Honda N7X, Ada 3 Varian

PT Honda Prospect Motor secara rasminya melancarkan Honda BR-V Edisi Khas N7X untuk pasaran Indonesia, baru-baru ini.
Ia didatangkan dalam tiga varian: E CVT, Prestige CVT, Prestige CVT dengan Honda Sensing.
Menjengah bahagian hadapannya, N7X didatangkan dengan krom pada gril hadapan, terdapat aerokit N7X eksklusif, termasuk ada spoiler bersaiz kecil pada tailgate dan skirt sisi.


Aksen hitam dilihat didapati di seluruh bahagian MPV ini terutama di sekitar cermin sisi dan pemegang pintu termasuk pada rim aloinya yang bersaiz 17 inci.
Difahamkan, edisi khas ini juga menerima warna Sand Khaki Pearl selain warna-warna biasa seperti Premium Opal White Pearl, Crystal Black Pearl, dan Meteoroid Grey Metallic.


Melangkah masuk ke dalam kabinnya, ia dihiasi dengan paparan infotainmen bersaiz 7-inci, ada sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, paparan meter digital 4.2 inci, manakala stereng dan bahagian tempat duduknya dibaluti dengan material kulit.


Tidak ketinggalan, jentera ini juga dilengkapi dengan enam beg udara.


Dari segi trenkuasanya, model standard disumbat dengan enjin 1.5 liter dimana ia menghasilkan kuasa setakat 121 PS dan tork 145 Nm.

Dengan transmisi pacuan roda hadapan (FWD) melalui kotak gear CVT, persediaan rangkaian kuasa ini sebenarnya sama seperti mana yang digunakan pada kedua-dua crossover WR-V dan model Honda City.

Mengenai harga pula, edisi NZX dijual pada harga bermula dari RM97,620 (N7X E CVT), N7X Prestige (RM104,797) dan Prestige dengan Honda Sensing (RM110,996).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?
Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.
28-01-2026
Honda WR-V Bakal Ditayangkan Untuk Tatapan Umum 2 November Ini
Honda Indonesia bakal mendedahkan sebuah SUV crossover kompak terbaharu pada 2 November ini.
27-10-2022
Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!
ASEAN NCAP telah mengeluarkan keputusan ujian pelanggaran bagi Honda HR-V dan Honda BR-V 2022.
20-09-2022
Honda BR-V Dilancarkan Di Thailand, Harga Bermula RM115K
Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. secara rasminya telah memperkenalkan generasi kedua Honda BR-V di negara itu pada Jumaat lalu.
22-08-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

