Imej Paten SUV Mazda CX-80 Bocor!

Mazda kini dalam proses untuk menggantikan SUV tiga baris tempat duduk, CX-8 dengan model baharu selepas pengeluaran model tersebut dihentikan di Jepun tahun lalu. Dikenali sebagai CX-80, SUV baharu ini akan melengkapkan barisan kereta dalam kumpulan produk besar (LPG) jenama itu, yang kini terdiri daripada CX-60, CX-90 dan CX-70.
-full.webp)
-full.webp)
Imej paten CX-80 yang dibocorkan menunjukkan bahawa pelbagai elemen rekaan pada CX-60 diberikan pada model ini
Sebelum diperkenalkan secara rasmi, beberapa imej CX-80 kini tersebar di internet, mendedahkan orang ramai kepada reka bentuk kenderaan tersebut buat pertama kalinya. Diterbitkan melalui laman web rasmi Japan Platform for Patent Information (J-PlatPat), CX-80 kelihatan seperti CX-60 dalam versi yang lebih lebar.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Walaupun bahagian hadapan dan belakangnya menyerupai CX-60, CX-80 mempunyai jarak antara roda lebih panjang dengan beberapa perubahan kecil pada profil sisi untuk menampung barisan tempat duduk tambahan. Selain itu, CX-80 juga dilihat memiliki overhang belakang yang lebih panjang.

Walaupun hadir dalam ukuran yang lebih panjang, CX-80 memiliki kelebaran yang sama seperti CX-60, seperti yang dapat dilihat daripada sudut fender dan bampar SUV ini. Untuk makluman, CX-60 berkelebaran 1,890 MM, atau 104 MM lebih kecil berbanding CX-90.
-full.webp)



Selain CX-60 dan CX-80, barisan SUV Mazda juga merangkumi CX-70 (kiri atas), CX-90 (kanan atas), serta CX-30 (kiri bawah) dan CX-50 (kanan bawah).
Buat masa ini, Mazda masih belum mengumumkan sistem yang akan digunakan pada CX-80, namun ia dijangka akan ditawarkan dalam versi trenkuasa hibrid ringkas (MHEV) dan juga hibrid plug-in (PHEV) yang sama seperti CX-60.

-full.webp)
CX-60 (kiri) akan tiba di pasaran Malaysia hujung tahun ini, dan Bermaz Auto juga dijangka akan mengantikan CX-8 dengan CX-80 pada masa akan datang.
Bagi varian MHEV, CX-60 menggunakan nadi tiga silinder sebaris turbo 3.3 liter dan diesel. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan sistem MHEV 48 Volt, memberikan kuasa sebanyak 280 HP/450 NM untuk versi petrol dan 251 HP/500 NM untuk diesel. Sementara itu, varian PHEV pula menggunakan enjin empat silinder 2.5 liter dengan output 323 HP/500 NM.
CX-80 dijangka akan muncul di beberapa pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD), termasuk Jepun dan Australia. Bagi pasaran Malaysia, pengedar eksklusif model Mazda negara, Bermaz Auto, telah memberikan bayangan bahawa CX-60 dijadualkan akan membuat kemunculan pada penghujung tahun ini. Sebaik dilancarkan nanti, ia akan menjadi model LPG pertama yang dijual secara rasmi di Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat