ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

JAECOO J7: Bakal Tewaskan Honda, Mazda, Subaru?

Suhana Veru

Kongsi melalui

JAECOO-J7-4.jpg

Tahukah anda, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan melancarkan JAECOO J7 di pasaran tempat selewat-lewatnya suku pertama tahun ini.

Untuk itu, bagi menilai secara menyeluruh kemampuan off-road J7, JAECOO telah  menjalankan ujian off-road di trek off-road "M4TREC" selepas acara pratonton eksklusif yang diadakan pada Januari lalu.

Ujian itu membuktikan Jaecoo J7  memiliki kemampuan off-road yang luar biasa.

JAECOO-J7-3.jpg

Untuk makluman pembaca, cabaran off-road M4TREC telah direka khas untuk menguji kemampuan trak 4x4 dan SUV, padat dengan halangan yang sukar seperti menaiki roller ramp, laluan berbonggol tinggi dan menuruni bukit yang curam.

Ujian-ujian mencabar ini membuktikan prestasi off-road Jaecoo J7 yang sebenar. 

JAECOO berkata, J7 telah lulus dalam pelbagai ujian off-road ekstrem, termasuk tanjakan penggelek, ujian artikulasi, lintasan rabung dan lain-lain. 

JAECOO-J7-6.jpg

“Dengan adanya ciri-ciri canggih ARDIS (Sistem Pemanduan Pintar Semua Jalan), ini membuatkan ia mampu meredah pebagai permukaan  bentuk muka bumi dan situasi yang tidak dijangka dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi yang tidak tahu mengenai ARDIS, ia sebenarnya telah mengubah pengalaman off-road secara menyeluruh.

Ia menawarkan pelbagai mod pemanduan seperti mod pasir, salji, lumpur, dan tujuh kondisi off-road lain yang bertujuan untuk menangani kebanyakan keadaan pemanduan yang mencabar.

JAECOO-J7-2.jpg

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem kawalan Brek Kuasa Pintar BOSCH (IPB),  manakala ARDIS dikatakan dapat mencapai masa tindak balas terpantas dalam kelasnya yang kurang dari 0.1 saat. 

JAECOO-J7-5.jpgJAECOO-J7-7.jpg

Malah, ia juga menawarkan pembezaan penguncian, memberikan kelebihan prestasi integrasi tinggi, brek pantas dengan gabungan tork roda belakang maksimum 3000N·m, kemampuan J7 dalam situasi off-road serta keselesaan pemanduannya juga ditingkatkan.

JAECOO-J7-8.jpg

Difahamkan, kelajuan pemprosesan ARDIS adalah jelas terbukti memandangkan ia dilengkapi   dengan enjin kuasa tinggi 1.6TGDI dan dipadankan dengan transmisi dwi-klac basah 7DCT.

Ini membolehkan ia menghasilkan kuasa pengeluaran maksimum setakat 145kW dan tork  290 Nm.

Maka, ini membolehkan ia memecut dari 0-30 kilometer sejam hanya dalam 2.9 saat.

JAECOO-J7-1.jpg

Apa yang pasti, kehadirannya bakal memberikan saingan sengit kepada SUV-C lain seperti Honda CR-V baru, Mazda CX-5, Subaru Forester dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, KLIK.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2025
Berita Auto

13-08-2024
Kereta Baru

08-04-2024
Berita Auto

23-02-2024
Berita Auto

06-12-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.