ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Jenama IM Motors Digantikan Kepada MG, Satu Langkah Strategik Agar Laris?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MG-IM-(1).png


CarNewsChina melaporkan bahawa jenama kereta IM bakal ditukarkan kepada MG untuk pasaran Eropah dan Amerika Selatan. Langkah strategik ini bertujuan untuk memanfaatkan kejayaan MG di peringkat global dan meningkatkan jualan di pasaran antarabangsa.


Untuk makluman, kedua-dua syarikat, MG Motors dan IM Motors ialah subsidiari SAIC Motor Corporation Group. IM Motors ditubuhkan hasil kerjasama antara SAIC Motor Corporation Group, Taman Teknologi Tinggi Zhangjiang dan Alibaba Group.


MG-IM-(2).jpg


Sementara itu, jenama ikonik British, MG Motors pula ditubuhkan di Oxford pada tahun 1924, sebuah legasi dengan sejarah yang panjang mencecah satu abad sebelum dipegang oleh SAIC Motor Corporation, pemiliknya yang kesembilan. 


Berbeza dengan jenama MG, buat masa ini, model-model kereta di bawah jenama IM hanya dipasarkan di negara China, dengan jualan kumulatif pada tahun 2023 sebanyak 38,253 unit. Namun, angka ini jauh lebih rendah berbanding pesaing utamanya, Tesla, yang menjual lebih daripada 645,000 unit kenderaan pada tahun 2023, sementara itu, Xpeng pula menjual lebih daripada 121,000 unit dan Nio lebih daripada 160,000 unit. 


MG-IM-(5).jpg


Bagi meningkatkan prestasi jualan kenderaannya, SAIC sedang mempertimbangkan inisiatif penjenamaan semula jenama IM selain akan menggunakan model-model di bawah IM untuk memperbanyakkan lagi tawaran kenderaan dalam barisan produk MG. 


Pada tahun 2023, MG Motors mencapai jualan global lebih daripada 840,000 unit, menjadikannya jenama automotif China dengan jumlah eksport tertinggi selama lima tahun berturut-turut dan menyumbang kira-kira 70% daripada jumlah jualan luar negara SAIC Group.


MG-IM-(1).jpg


Jenama MG mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan di 16 buah negara termasuk Eropah Barat dan Australia dengan jualan mencapai 380,000 unit. Model yang terlaris, MG4 EV terjual lebih daripada 130,000 unit dan lebih 10,000 unit setiap bulan.


Penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang baru bagi SAIC Group, kerana beberapa model eksportnya pernah diberikan penjenamaan semula kepada MG. Antara model tersebut ialah  Roewe Ei5 yang diberikan nama baharu MG5 dan EV Wuling Air yang dinamakan MG Comet dan MG Hector. Inisiatif ini terbukti berkesan kerana jualan model tersebut cukup memberangsangkan di negara India. 


MG-IM-(6).jpg


SAIC berharap untuk mencapai sasaran jualan 1.35 juta unit pada tahun 2024 melalui usaha penjenamaan semula ini untuk membatu memperkukuh kedudukan global syarikat subsidiarinya, terutamanya sempena sambutan ulang tahun ke-100 jenama MG tahun ini. 


MG Motors akan melancarkan MG4 EV di Malaysia minggu ini. Maklumat lanjut akan menyusul.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY352

SELANGOR

BSU9632

JOHOR

JH2571J

PULAU PINANG

PSH3441

PERAK

APM8489

PAHANG

CFJ3812

KEDAH

KGJ7704

NEGERI SEMBILAN

NEM5592

KOTA KINABALU

SJV1353

KUCHING

QAB9780P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-10-2025
Berita Auto

18-04-2024
Kereta Baru

27-03-2024
EV

25-03-2024
Kereta Baru

28-02-2024
Kereta Baru

02-10-2025
Pandu Uji

19-11-2024
Berita Auto

18-04-2024

Berita Terkini

Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.