MG3: Hamburan Kuasa Boleh Tahan

Selepas beberapa teaser MG3 hatchback didedahkan pada awal bulan ini, ia akhirnya membuat penampilan sulungnya sempena 2024 Geneva International Motor Show.
Kali ini, MG3 baharu didatangkan dengan persediaan rangkaian kuasa hibrid, selain daripada reka bentuknya agak agresif.


Seperti mana yang didedahkan menerusi video teaser, MG3 menerima penampilan hadapan yang agak garang, manakala rekaan lampu depannya jenis tajam bersama gril yang lebih melebar.
Mengikut jejak langkah MG5 dan MG7, model subkompak ini juga didatangkan dengan kerangka yang lebih lebar dan bahagian belakangnya juga agak agresif.


Dari segi dimensinya, MG3 dikatakan lebih panjang, lebih lebar dan lebih rendah berbanding pendahulunya.
Ia kini berukuran sepanjang 4,113 mm, selebar 1,797 mm dan setinggi 1,502 mm.
Jadi, ini bermakna MG3 baharu ini mempunyai kabin yang agak luas manakala ruang but pula seluas 293 liter.


Bercakap mengenai kabinnya, , MG3 baharu kini mendapat pelbagai ciri canggih seiring dengan reka bentuk kabinnya yang moden dan sporty.
Antaranya ialah skrin infotainmen tengah 10.25 inci yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, panel instrumen digital 7 inci, terdapat port pengecasan USB, dan macam-macam lagi.

Dari segi ciri-ciri keselamatan pula, MG3 menerima sistem bantuan pemandu ADAS terbaharu MG, selain beberapa ciri-ciri ciri keselamatan aktif yang lain.
Selain bercerita mengenai reka bentuknya, perubahan terbesar MG3 ialah dari segi trenkuasanya kerana ia kini didatangka dengan versi HEV.
Untuk makluman anda, MG3 pertama kali menggunakan teknologi rangkaian kuasa Hybrid+ dan sistem hibrid konvensional bukan plug-in pertama digunakan di dalam kenderaan MG.

Gabungan enjin petrol dan perkakasan elektrik membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 192 hp.
Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 8 saat.
Untuk tetapan casisnya, pasukan jurutera MG telah mengubah suai casis MG3 dengan beberapa "komponen ultra tinggi" baharu serta terdapat suspensi baharu.
Ia bertujuan untuk menawarkan pengendalian yang lebih baik, keselesaan pemanduan dan tahap penebat bunyi yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Apapun dengan ciri-ciri ini, MG3 mampu bersaing dengan beberapa HEV hatchback seperti Toyota Yaris, Honda Jazz dan Renault Clio.
Bagaimanapun, MG masih belum mendedahkan harga tepat untuk MG3 baharu, sebaliknya laman berita automotif, CarScoops melaporkan bahawa ia akan dijual pada harga £20,000 (RM121,194) di United Kingdom (UK).
Selain UK dan pasaran Eropah, MG3 juga sudah bersedia untuk membuat penampilan sulungnya di Australia pada akhir tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2024: SAIC Motor Turut Dedah MG3 HEV, Bakal Tiba 2025?
SAIC Motor Malaysia turut mendedahkan MG3 HEV di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
05-12-2024
KLIMS 2024: SAIC Motor Turut Dedah MG3 HEV, Bakal Tiba 2025?
SAIC Motor Malaysia turut mendedahkan MG3 HEV di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
05-12-2024
Berita Terkini
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge