Pendaftaran Minat (ROI) Mercedes-Benz CLE Coupe Kini Dibuka

Dalam diam, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Mercedes-Benz CLE Coupe yang baharu.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah membuka pendaftaran minat (ROI) dalam talian untuk Mercedes-Benz CLE Coupe yang baharu.
Kalau anda masih ingat lagi, model ini merupakan tawaran grand tourer mewah serba baharu yang telah diperkenalkan buat pertama kali dalam bentuk coupe pada bulan Julai tahun lalu.

Menggunakan kod casis C236, CLE Coupe, dan kembarnya, sebuah cabriolet, A236, dikeluarkan sebagai pengganti kepada Coupe dan Cabriolet C-Class (C205 dan A205), serta Coupe dan Cabriolet E-Class (C238 dan A238).
Belum dapat dipastikan apakah varian CLE Coupe yang akan ditawarkan nanti. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang dikongsikan melalui laman web rasmi MBM, terdapat kemungkinan bahawa CLE Coupe itu nanti akan dilengkapkan dengan pelbagai kelengkapan menarik.


MBM masih belum mendedahkan apakah varian CLE Coupe yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia kelak.
Antara ciri utama model ini adalah penggunaan lampu hadapan jenis LED dengan teknologi Digital Light yang pintar dan adaptif, sistem infotainmen MBUX terkini dengan paparan navigasi AR, papar pandu (HUD), tempat duduk dengan fungsi urutan 7 zon, serta sistem audio premium 3D Burmester.



Trenkuasa yang bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan, tetapi di Eropah, CLE Coupe ditawarkan dalam beberapa pilihan varian dengan teknologi hibrid ringan (daripada sistem EQ Boost) iaitu:
- CLE 200, CLE 200 4Matic: 2.0 liter empat silinder turbo, 201 hp (204 ps) / 320 Nm
- CLE 300 4Matic - 2.0 liter empat silinder turbo, 256 hp (259 ps) / 400 Nm
- CLE 450 4Matic - 2.0L enam silinder turbo, 375 hp (380 ps) / 500 Nm
- CLE 220d - 2.0L empat silinder turbodiesel, 197 hp (200 ps) / 440 Nm
- CLE53 AMG - 2.0L 6 silinder turbo, 449 hp (455 ps) / 600 Nm
Secara standard, kesemua varian menggunakan sistem transmisi automatik sembilan kelajuan, suspensi Dynamic Body Control dan sistem pacuan roda belakang (RWS).

Dari segi keselamatan, CLE Coupe hadir dengan pelbagai teknologi canggih seperti bantuan brek aktif, bantuan kekal lorong aktif, bantuan had kelajuan, pakej parkir dengan kamera undur dan untuk pasaran tertentu, teknologi bantuan jarak aktif Distronic ditawarkan secara standard.

MBM masih lagi tidak mendedahkan bilakah produk ini akan dilancarkan secara rasmi. Apa pendapat anda mengenai model ini? Dan apakah spesifikasi trenkuasa yang anda harapkan MBM akan bawa masuk ke Malaysia? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6784
SELANGOR
BSQ2715
JOHOR
JYX1267
PULAU PINANG
PSC4364
PERAK
APH5870
PAHANG
CFG5628
KEDAH
KGG1437
NEGERI SEMBILAN
NEK4596
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 23 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat