Proton Bakal Pindah Operasi Ke Hab Automotif, AHTV, Tahun 2026 Ini
-full.jpg)
Proton bakal memindahkan operasinya di Tanjung Malim menjelang 2026 ini.
Semasa majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina bersama media baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Li Chunrong, mendedahkan perkembangan terkini mengenai projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) yang telah menerima pelaburan sebanyak RM32 bilion daripada DRB-Hicom (pemegang majoriti saham Proton) dan Zhejiang Geely Holding Group.
Berdasarkan slide yang dibentangkan semasa majlis tersebut, fasiliti pengeluaran kenderaan, penyelidikan serta rekaan Proton akan dipindahkan ke tapak baharu tersebut yang bertempat di Tanjung Malim menjelang tahun 2026. Turut akan dibawa ke lokasi baharu ialah vendor-vendor Proton sedia ada.
-full_normal.jpg)
Menurut Proton, taman vendor kini sedang giat dibangunkan, dengan 20 vendor sudah mula beroperasi. Salah satu vendor tersebut ialah EPMB, syarikat yang akan membekalkan Proton dengan 150,000 tempat duduk kereta dari fasiliti baharu mereka bernilai RM30 juta.
-full_normal.jpg)
Selain itu, taman vendor baharu yang terletak di Parcel 5 akan dibuka tahun ini untuk memberi ruang kepada lebih banyak vendor lain.
-full.jpg)
Turut diumumkan bahawa enam kilang baharu berkeluasan 400,000 kaki persegi akan disiapkan tahun ini untuk disewakan kepada mana-mana pihak yang berminat.
Menurut Proton, AHTV akan menjadi peneraju pembangunan industri negara dan memberi manfaat dalam sektor-sektor seperti rantaian bekalan teknologi tinggi, pembangunan infrastruktur NEV dan NxGV, pengeluaran NEV dan menjadikan Malaysia sebagai pusat tropikalisasi R&D NEV pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk rantau ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge