Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem

Program ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah selesai
Selepas tiga tahun menjelajah 15 negara dan dua benua, kini proses ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah berjaya diselesaikan. Sepanjang tempoh tersebut, Emeya EV telah mengharungi pelbagai cuaca ekstrem untuk 'menjelma' sebagai sebuah hyper GT versi elektrik yang sempurna.
Salah satu lokasi yang menjadi tapak ujian Emeya EV ialah Lingkaran Artik di Ivalo, Finland. Di sini, kemampuan Emeya diuji sewaktu menempuhi laluan bersalji di dalam suhu ekstrem serendah -25 darjah Celcius.




Ujian dalam musim sejuk ekstrem membantu Lotus untuk menambahbaik sistem suspensi dan brek Emeya EV.
Cuaca sejuk ekstrem ini bukan sahaja membantu Lotus meningkatkan kualiti sistem suspensi dan brek Emeya EV, tetapi juga membolehkan Lotus membangunkan tayar khas untuk musim sejuk dengan kerjasama Pirelli. Ciri lain yang dipertingkat adalah sistem kawalan traksi dan kestabilan serta fungsi bantuan pemandu.


Selain cuaca sejuk di Lingkaran Artik, Emeya turut melalui pelbagai situasi lain seperti jalan B yang tidak rata di UK, jalan lurus di Autobahn Jerman dan laluan bergunung di Mongolia. Selain itu, Emeya turut diuji di beberapa lokasi ujian terkenal lain iaitu litar Nurburgring Nordschleife dan Nardo.
“Proses ujian yang dijalankan di Lotus cukup ketat dan merangkumi penilaian prestasi menyeluruh membabitkan segenap aspek, dari suspensi, pengendalian hinggalah kepada bateri dan tayar,” kata Pengarah Barisan Kenderaan Lotus Emeya, Sylvian Verstaeten.
“Emeya ialah sebuah GT elektrik yang terbaik, direka dan dibangunkan untuk memberikan pengalaman pemanduan optimum kepada pelanggan kami 365 hari setahun dan dalam semua keadaan,” tambahnya.


Tidak terhenti di sini, Lotus akan menjalankan siri ujian tambahan ke atas model ini di lokasi-lokasi terpilih lain seperti Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Australia, sebelum penghantaran dimulakan di pasaran-pasaran tersebut.


Untuk makluman, hyper GT elektrik, Emeya, menggunakan sistem dua motor, pacuan semua roda (AWD) dengan kuasa 905 HP dan 985 NM, membolehkannya melakukan pecutan abad dalam masa sepantas 2.78 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 265 KM/H. Menggunakan platform yang sama seperti Electre, iaitu Electric Premium Architecture, Emeya dibangunkan dengan pek bateri 102 kWh serta senibina elektrikal yang mampu menampung 400 V yang membolehkan kereta dicas menggunakan pengecas DC sehingga 350 kW.
Tahun lalu, Lotus Cars Malaysia telah melancarkan SUV ini di pasaran Malaysia, diharapkan Emeya EV juga akan tiba di negara kita dalam masa yang terdekat.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6079
SELANGOR
BSU9023
JOHOR
JH1295J
PULAU PINANG
PSH2802
PERAK
APM7831
PAHANG
CFJ3602
KEDAH
KGJ7418
NEGERI SEMBILAN
NEM5341
KOTA KINABALU
SJV856
KUCHING
QAB9604P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge