APAD Laksanakan Larangan, Tapi Ada Sebabnya

Gara-gara mahu memberi peluang kepada pengusaha pengangkutan di Malaysia, bas dari Thailand pula disekat masuk ke Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada ejen pelancongan Selatan Thailand yang memaklumkan mereka tidak dibenarkan masuk ke Kelantan dan negeri sempadan yang lain menggunakan bas dari Thailand.
"Mereka hanya dibenarkan masuk menggunakan kenderaan lain termasuk van dan sebagainya, manakala bas tidak dibenarkan. Larangan itu dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Mengikut fahaman kita, larangan berkenaan dibuat kerana mahu memberi peluang kepada pengusaha pengangkutan di Malaysia, namun isu yang berlaku pengangkutan bas kita sendiri pun tidak mencukupi," katanya.
Gara-gara larangan itu, bilangan pelancong dari Thailand dilihat semakin berkurangan.
"Saya yakin sekiranya mereka dibenarkan masuk dengan bas, jumlah pelancong dari Thailand ke Kelantan meningkat seratus peratus kerana rakyat dari negara berkenaan suka membeli belah di pasaraya Kelantan.
"Sepatutnya larangan berkenaan tidak dibuat memandangkan kita sendiri dibenarkan masuk ke Thailand menggunakan bas, kenapa pula kita perlu sekat mereka yang mahu masuk dengan bas ke Malaysia?," katanya.
Untuk makluman, kemasukan pelancong dari Thailand juga menyumbang kepada sasaran Kelantan seramai 10 juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat