ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru 2 Bulan, JPJ Keluar 578 Saman Memandu Bawah Umur

Sofea Najmi

Kongsi melalui

jpj-2-full_normal.jpg


Pemeriksaan JPJ (Gambar hiasan)


Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak memandu kenderaan bermotor tanpa lesen bakal dikenakan tindakan tegas, umum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menyatakan bahawa tindakan akan diambil mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Menurut Datuk Hasbi, kesalahan ini boleh menyebabkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya. Ini adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan di jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.


JPJ juga boleh mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa lesen yang sah. 


JPJ-Awan-Besar-Roadblock-3-630x420.jpeg


Sekiranya pemandu bawah umur dikesan menggunakan kenderaan, ibu bapa, penjaga dan pemilik kenderaan akan turut dikenakan tindakan.  (Gambar hiasan)


“Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan yang dipandu oleh seseorang yang tidak memiliki lesen yang sah,” katanya.


Datuk Hasbi menjawab pertanyaan Kapten Azahari Hasan (Perikatan Nasional – Padang Rengas) yang meminta Menteri Pengangkutan untuk mengemukakan penambahbaikan dalam aspek penguatkuasaan dan perundangan yang sedia ada terutamanya membabitkan  pemandu bawah umur dan individu yang memandu tanpa lesen yang sah, yang sering menyebabkan nahas di jalan raya.



SAMAN.jpeg


Dalam tempoh hanya 2 bulan, lebih 500 saman terhadap pemandu bawah umur dikeluarkan. (Gambar hiasan)


Bagi tahun ini hingga 29 Februari lepas, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 578 saman kepada pemandu yang memandu di bawah umur.


Sumber: Astro Awani


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY3415

SELANGOR

BSV630

JOHOR

JH3568J

PULAU PINANG

PSH3831

PERAK

APM9147

PAHANG

CFJ3986

KEDAH

KGJ8016

NEGERI SEMBILAN

NEM5768

KOTA KINABALU

SJV1648

KUCHING

QAB103Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Berita Auto

Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028

Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.

10-11-2026
Berita Auto

CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026

CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.

10-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.