Brabus 930 S Nampak Jahat, Kuasa Kuda Padu

Syarikat talaan terkenal dari Jerman, Brabus menayangkan Brabus 930 S Super-PHEV yang mampu menghamburkan kuasa yang luar biasa.
Percaya atau tidak, Brabus 930 S Super-PHEV ini mampu menghamburkan kuasa setakat 930 hp. Ia sebenarnya versi berkuasa tinggi Mercedes-AMG S63 E-Performance baharu yang bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan depan.

Difahamkan, jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 930 hp dan tork 1509 Nm selepas enjin 4.0 liter AMG V-8 dinaik taraf daripada 603 hp kepada 740hp.
Namun, gandar motor elektrik di belakang yang mampu menghasilkan kuasa setakat 190 hp masih dikekalkan.
Ini bermakna secara keseluruhan kuasa jentera ini mencecah 930 hp.

Bagi menambahkan lagi kuasanya, ia kini ditambahkan dengan pengecas turbo baharu manakala sistem ekzosnya turut dipertingkatkan.
Menyentuh mengenai daya pecutannya, kuasa pecutannya juga turut dinaik taraf.

Sebelum ini, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 3.3 namun kini dalam 3.2 sahaja.
Bagaimanapun, kelajuan maksimum jentera ini dihadkan secara elektronik pada 290 km/j.
Apa yang cukup mengagumkan ialah Brabus menawarkan jaminan tiga tahun atau 100,000 KM pada rangkaian kuasanya.
Menerusi penampilan luarannya, ia menawarkan gaya yang cukup sporty disebabkan elemen karbon fiber dan tayar monoblock 22 inci yang cukup ganas.

Selain itu, Brabus yang telah menala sistem gantungannya untuk merendahkan ketinggian tunggangan ketika si pemandu memilih mod pemanduan.
Menjengah bahagian kabinnya, Brabus menampilkan suasana mewah disebabkan penggunaan upholsteri kulit berkuitif quilted serta ada kemasan mikrofiber.

Apapun, melihat dari segi prestasi enjin, kemewahan, teknologi, sudah terang-terangan menunjukkan tanda-tanda harga yang diletakkan tidaklah semurah yang disangka.

. Brabus 930 S dijual pada harga RM2.1 juta.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
AMG S63: Hasilkan Kuasa 802 HP, Harga RM2.24 Juta
Model yang diimport sepenuhnya ini dijual pada harga RM2,24 juta.
03-04-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

