Elak Risiko Bahaya, Bomba Akan Sedia Panduan Pemasangan Panel Solar
-full_normal.webp)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menyediakan garis panduan untuk pemasangan panel solar di seluruh negara, termasuk di bangunan komersial, premis perniagaan, dan rumah kediaman. Ini satu perkembangan yang penting bagi pengguna kenderaan elektrik (EV) yang bercadang untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui, solar, di masa hadapan.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad memaklumkan bahawa tujuan garis panduan tersebut adalah bagi memastikan pemasangan dibuat mengikut spesifikasi yang akan ditetapkan untuk keselamatan.
-full_normal.webp)
Menurutnya, kebakaran Mydin Manjoi baru-baru ini, menjadi pengajaran betapa pentingnya kawalan dan garis panduan yang betul disediakan untuk pemasangan panel solar.
"Ketika kebakaran di Mydin Manjoi, pasukan bomba tidak boleh lakukan tebukan manual pada bumbung pasar raya itu akibat panel solar yang bercantum untuk tujuan pengudaraan.
“Apabila kita tidak boleh buat tebukan secara manual kepada bumbung, kita sukar nak kesan api. Ini antara penemuan yang kita kenal pasti dan perkara inilah yang kita kena letakkan dalam garis panduan kelak," katanya.
Kejadian yang berlaku pada 10 Mac lepas dikatakan berpunca daripada salah satu panel pembahagi elektrik bangunan. Ini bermakna, kejadian tersebut tidak berkait dengan stesen pengecas pantas DC yang ditempatkan di laluan masuk bangunan.
Beliau berkata garis panduan itu akan melibatkan pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
"Kita akan bentangkan mengenai jarak antara panel, saiz yang sesuai, kelompokan panel dan lain-lain perkara teknikal ketika pemasangan panel solar di rumah mahupun mana-mana premis," katanya.
Sumber: Bernama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Garis Panduan Bina Stesen Pengecas EV Akan Diumumkan
JBPM telah menyediakan garis panduan untuk stesen pengecas kenderaan elektrik.
26-07-2023
Ngeri! Kereta Ranap Dihempap Pokok
Enam cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok.
06-11-2022
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
Aidilfitri: 12 Lokasi Kemalangan Sudah Dikesan!
12 lokasi kemalangan adalah di sepanjang PLUS dan LPT.
20-03-2025
"Jangan Cas EV Secara Berlebihan Untuk Elak Risiko Kebakaran." – Bomba
Pengguna kenderaan elektrik (EV) dinasihatkan mematuhi arahan pengeluar bagi memastikan keselamatan dan mengurangkan risiko kebakaran.
07-10-2024
Kemalangan Babit 7 Kenderaan, 1 Parah.
Gara-gara kemalangan membabitkan lapan kenderaan, berhampiran Terowong Menora, Perak menyebabkan seorang parah manakala dua lagi cedera.
01-10-2024
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

