Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras

Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread yang dijual pada harga RM196,868.
Varian ini dikatakan lebih lasak dan berbadan lebar berbanding model Hilux GR Sport yang sudah pun menembusi pasaran Thailand.

Jika anda perasan, varian ini agak sama dengan Hilux GR Sport di Australia yang didatangkan secara standard dengan bampar hadapan yang lebih agresif dankit badan yang lebih lebar manakala fendernya pula terkeluar.
Kemasan fender di hadapan lebih lebar 140 mm di hadapan dan 155 mm di belakang.
Trak pikap yang kelihatan agak ganas ini menggunakan rim 17 inci dengan tayar BF Goodrich AT 265/65.


Mengenai saiznya pula, ukuran panjangnya ialah 5,320 mm, selebar 2,020 mm, setinggi 1,880 mm manakala jarak roda pula 3,085 mm.
Antara perubahan mekanikal yang dibuat ialah, ia kini didatangkan dengan peredam monotube baharu, stabiliser bar hadapan lebih besar, wishbone depan yang lebih tebal, serta menggunakan, brek cakera belakang dan cakera brek hadapan lebih besar.

Selain perubahan kosmetik itu, varian ini masih menggunakan enjin enjin empat silinder diesel turbo 2.8 liter 1GD-FTV, namun ia kini menghasilkan kuasa setakat 221 hp dan tork 550 Nm.
Hamburan kuasanya itu sama sahaja dengan Hilux GR Sport di Malaysia.
Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 10.25 inci yang boleh disambung kepada Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Selain itu ada juga pad pengecas tanpa wayar dan soket pengecas USB-C untuk penumpang belakang, kawalan pendingin hawa dua zon, telematik T-Connect, kamera 360 darjah dan pelbagai ciri yang lain.
Walaupun harganya agak mahal daripada versi Hilux GR Sport namun ia mungkin menjadi pilihan orang Thailand.

Sebaliknya, UMW Toyota Motor (UMWT) tidak menyebut sebarang rancangan untuk menawarkan Hilux Revo GR Sport Wide Tread yang lasak ini untuk pasaran tempatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1783
SELANGOR
BSN4702
JOHOR
JYT4674
PULAU PINANG
PSA6595
PERAK
APG1378
PAHANG
CFF8499
KEDAH
KGE8360
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4278N
Terakhir Kemas Kini 24 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut
Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.
27-01-2026
Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV
Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.
11-11-2025
Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini
Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.
04-11-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4
Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.
05-08-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan
Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.
25-06-2025
UMWT Gegar Sabah & Sarawak Dengan Kempen 'Hilux Unleashed'
UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini menutup tirai kempen 'Hilux Unleashed – The Ultimate Challenge'.
28-05-2025
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat