ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Logo & Identiti Korporat Baharu Pembekal Pengecas EV, Kineta – Rasmi 12 Mac Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kineta-Rebranding-(1).png


Anak syarikat Sime Darby Berhad yang juga pembekal kemudahan pengecasan EV di Malaysia, Kineta, kini sedang melalui proses penjenamaan semula. Usaha ini adalah termasuk penggunaan logo dan identiti jenama baharu.


Penjenamaan semula yang bakal dirasmikan pada 12 Mac 2024 itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap pembaharuan dan kesungguhan untuk berhubung dengan pelanggan melalui identiti visual yang lebih baik. Menurut Kineta, logo baharu ini melambangkan pendekatan dinamik dan kontemporari  yang sering digunakan syarikat. 


Melengkapkan nama 'Kineta' yang membawa maksud “penuh  dengan tenaga,” ialah penggunaan lambang “panahan kilat” di dalam logo tersebut yang membawa maksud pergerakan, kuasa dan etos atau sifat  syarikat yang penuh dengan tenaga. 


Penjenamaan semula Kineta mengukuhkan komitmen syarikat untuk menambahbaik hubungannya dengan para pelanggan melalui usaha untuk memahami keperluan orang ramai, menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan memberikan penyelesaian yang inovatif. 


Kineta-Rebranding-(3).jpgKineta-Rebranding-(4).jpg


Menurut pengarah urusan Kineta, Encik Sunny Lee, “Usaha penjenamaan semula ini datang di saat yang kritikal ketika kami memasuki pasaran baharu dan berusaha untuk memperluaskan jejak, menyatukan pasukan dalaman kami dengan visi dan nilai-nilai Kineta untuk memenuhi komitmen kami.”


Kineta kini mengendalikan beberapa stesen pengecas DC yang boleh diakses dengan mudah di cawangan pengedar jenama automotif utama Sime Darby seperti Hyundai. Bagi menggunakan fasiliti pengecas Kineta, pengguna boleh muat turun aplikasi GO TO-U.


Kineta-Rebranding-(2).jpg


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan Kineta, layari laman web rasmi syarikat di kinetacharge.com.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS7105

SELANGOR

BSN8492

JOHOR

JYU2471

PULAU PINANG

PSB1768

PERAK

APG4241

PAHANG

CFG1149

KEDAH

KGF1322

NEGERI SEMBILAN

NEJ9445

KOTA KINABALU

SJR2297

KUCHING

QAB5070N

Terakhir Kemas Kini 08 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

EV

20-09-2023
Berita Auto

01-12-2023
Berita Auto

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
EV

Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi

06-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.