Lain Macam Pecutan Roadster, Macam Kereta Alam Ghaib

Pada awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk ada membuat dakwaan bahawa Roadster elektriknya mampu menamatkan pecutan dari 0-96 kilometer sejam hanya dalam satu saat.
Dalam satu kenyataan maklum balas mengenai dakwaan dramatik itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Bugatti-Rimac, Mate Rimas turut mengakui dakwaan Musk itu dilihat berasas.
Sementara itu, ketika ditanya di halaman Facebook rasminya, Rimac secara mengejutkan menjawab bahawa dakwaan Musk adalah satu kemungkinan.

Beliau berkata, pecutan di bawah satu saat boleh dicapai sekiranya ia dibuat dengan bantuan pendorong (thruster) berdasarkan simulasi yang telah dibuat pasukan Bugatti-Rimac.
“Masalahnya ialah, anda akan melepaskan udara dalam tempoh dua hingga tiga saat, dan dalam masa yang sama anda membawa sekali beban mati seperti tangki, compressor, nozzle injap dan sebagainya.
“Sama seperti bantuan kipas, ia mungkin akan memberikan lebih cengkaman, namun anda perlukan sekitar 30,000 Nm pada roda untuk memecut bawah satu saat, bermakna anda memerlukan unit motor, penyongsang, kotak gear, aci pemacu dan sebagainya yang lebih besar,”katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui masa penamatan itu boleh dicapai sekiranya kereta berkenaan "super ringan,".
Namun malangnya, kenderaan elektrik terlalu ringan sememangnya jarang ditemui dalam kebanyakan pengelauran EV sekarang.

Bercerita mengenai EV, salah satu EV yang boleh dijadikan contoh ialah Rimac Nevera dimana ia adalah EV terpantas di dunia.
Dengan beratnya 2,300 kilogram, Nevera dikatakan mampu mencapai pecutaan 96 km/j hanya dalam kurang dari dua saat.
Ini berikutan persediaan trenkuasa quad motornya yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,914 hp dan tork 2,360 Nm.
Semasa Tesla Roadster mula didedahkan kepada umum pada 2017, ia didakwa mampu memecut ke 96km/j dalam masa 1.9 saat dan mencapai 160km/j dalam masa 4.2 saat.

Kereta sports pacuan semua-roda (AWD) itu dikatakan boleh dipandu melebihi 400km/j dengan jarak pemanduan hampir 1,000km sekali cas.

Apa yang menariknya, pada tahun 2018 Musk, pernah mencadangkan Roadster akan mempunyai sekitar 10 unit pendorong roket kecil di sekeliling kereta, bagi membolehkan pecutan 0-60 batu sejam yang lebih pantas.
Apapun, kita tunggu kemunculan Roadster di pasaran?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6956
SELANGOR
BSQ2742
JOHOR
JYX1342
PULAU PINANG
PSC4394
PERAK
APH5907
PAHANG
CFG5630
KEDAH
KGG1527
NEGERI SEMBILAN
NEK4601
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat