Harga Marhaen Sangat

Chery Malaysia melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, OMODA E5 untuk pasaran tempatan, sebentar tadi.
Apa yang cukup mengejutkan, OMODA E5 ini dijual pada harga serendah RM146,800.

Presiden Chery Malaysia, Leo Chen berkata, OMODA E5 akan menjadi kenderaan elektrik China pertama yang di Malaysia.
"Menerusi pemasangan tempatan ini, Chery dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi tempatan.
“Inisiatif ini selari dengan dasar kerajaan kepatuhan tempatan dan akan membantu Malaysia menjadi hab kenderaan elektrik di rantau ini," katanya.

OMODA E5 dilengkapi dengan sistem pemanduan elektrik yang sangat cekap yang tidak hanya mencapai kuasa keluaran yang stabil melebihi 94%, tetapi mempunyai reka bentuk yang cukup senyap.
Jentera ini dikuasakan oleh Blade Battery fosfat besi litium 61 kWh berkemampuan tinggi yang memastikan jarak jauh dan pengecasan cepat sambil meningkatkan kelestarian alam sekitar.


Ia menawarkan jarak hingga 430km dan keupayaan pengecasan pantas, untuk mengecas dari 30% hingga 80% bateri dalam masa 28 minit.
Untuk itu, bateri tersebut tersebut menyalurkan kuasa kepada motor elektrik yang dipasang di bahagian hadapan (FWD) dengan output 201 hp dan 340 Nm. Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat.

Model ini turut hadir dengan fungsi kenderaan-kepada-beban (vehicle-to-load atau V2L), yang boleh menyalurkan tenaga sehingga 3.3 kW kepada peralatan elektrik kecil.
Menjengah bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan kokpit pintar yang menggunakan cip Qualcomm untuk berinteraksi dengan lancar.
Ia dipadankan dengan skrin 2K HD lengkung 24.6-inci untuk pengalaman visual.

Apa yang cukup menarik ialah, OMODA E5 disesuaikan secara unik dengan palet lebih dari 60 warna, selain terdapat Sistem Bunyi Premium Sony,.


Antara kelengkapan lain pencahayaan ambien dinamik yang mencipta pengalaman audio dan visual yang sempurna untuk memandu pada siang dan malam hari selain ada juga pengecas tanpa wayar 50W dalam kereta, yang turut menampilkan sistem penyejukan aktif yang berkesan mengurangkan suhu telefon semasa dalam proses pengecasan.
Malah, jentera ini juga menawarkan dalaman mewah dan cukup luas.
Ia menampilkan kombinasi dua rona berwarna biru dan putih-krim serta warna hitam keseluruhannya.
Mengenai dimensi, ia memiliki ukuran panjang sekitar 4420mm, selebar 1830 manakala jarak roda pula ialah 2630mm.
Bagi ruang but pula, ia selebar 483 liter.

Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, ia cukup sarat dengan sistemDriver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5).
Ia mengintegrasikan sensor-sensor canggih, kecerdasan buatan, dan ciri-ciri sambungan, mengubah konsep memandu dan menetapkan standard baru untuk sistem bantuan pemandu lanjutan dalam pasaran kenderaan elektrik dengan 17 fungsi.
Berikut adalah senarainya:

Bagi yang berminat, OMODA E5 ditawarkan dalam warna Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey, dan Dark Black.


Pakej Chery OMODA E5 termasuk jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km yang luar biasa, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km yang mengagumkan, dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) dan Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit) yang mendahului kelas dalam segmennya.

Pakej khas untuk 2000 tempahan OMODA E5 pertama akan menikmati:
• Wall box charger
• V2L (Vehicle-to-Load) Charger
• Kredit cas bernilai RM1000 di rangkaian pengecas EVC
Untuk maklumat lanjut mengenai OMODA E5, layari https://www.chery.my/models/omoda-e5/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6956
SELANGOR
BSQ2742
JOHOR
JYX1342
PULAU PINANG
PSC4394
PERAK
APH5907
PAHANG
CFG5630
KEDAH
KGG1527
NEGERI SEMBILAN
NEK4601
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih
Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.
22-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN
Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.
11-03-2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
