Lebih 200 Laluan KL & Selangor Sesak Sepanjang Ramadan, Polis Laksana Op Lancar

Pihak JSPT telah mengenal pasti lebih 200 lokasi hotspot sesak. (Gambar hiasan)
Bagi menangani isu kesesakan trafik yang ‘dahsyat’ sepanjang bulan Ramadan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Operasi Lancar di beberapa kawasan ‘hotspot.'
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memaklumkankan bahawa pihaknya telah mengenal pasti sejumlah 242 lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang sering mengalami kesesakan.

Beliau menambah bahawa sebanyak 200 anggota dan pegawai JSPT telah ditugaskan untuk mengawal lalu lintas di 142 lokasi di Kuala Lumpur.
"Jumlah kenderaan yang direkodkan di ibu kota dalam tempoh dua jam adalah sebanyak 250,000 pergerakan kenderaan.
"Manakala di Selangor pula, kita telah kenal pasti 100 lokasi kesesakan lalu lintas yang melibatkan 16 daerah," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat 36.6 juta kenderaan yang didaftarkan di Malaysia sehingga Disember tahun lalu, dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 juta kenderaan masih aktif di jalan raya.

Di Lembah Klang sahaja, statistik pergerakan kenderaan adalah sebanyak 1.2 juta kenderaan setiap hari. Pada hujung minggu pula, hampir 800,000 kenderaan memasuki ibu kota.
Dengan pelaksanaan Operasi Lancar ini, diharapkan kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan aliran trafik dapat berjalan lancar demi keselesaan kepada pengguna jalan raya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Puspakom Periksa Bawah Kenderaan Komersial Hanya 1 Minit. Ini Hakikat Sebenar Disebalik Teknologi AI.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat