PROTON Catat Rekod Pengeluaran Bulanan Tertinggi Dalam 24 Tahun
Jenama automotif nasional, PROTON, melakar sejarah tersendiri apabila kilang pengeluarannya di Tanjung Malim berjaya mengeluarkan 23,006 unit kenderaan pada Oktober 2026, sekali gus mencatatkan rekod bulanan tertinggi dalam tempoh 24 tahun didorong oleh peningkatan permintaan domestik dan eksport.
Kejayaan ini mencerminkan keupayaan kecekapan operasi kilang. Ia juga membuktikan kemampuan pasukan pembuatan menguruskan lonjakan permintaan pasaran secara efektif.
Lonjakan Eksport Lepasi 10,000 Unit di Pasaran Antarabangsa
Selain rekod pengeluaran, prestasi eksport PROTON turut menunjukkan momentum luar biasa. Syarikat berjaya melepasi jumlah eksport sebanyak 10,000 unit dalam tempoh lebih 10 bulan.
Pencapaian ini meletakkan jenama nasional di landasan tepat. Sasaran tahun ini adalah untuk mencatatkan peningkatan jualan luar negara lebih dua kali ganda berbanding 2025.
Peranan Penting Sebagai Hab Pengeluaran Geely
Peluasan pasaran global ini membuktikan daya saing kenderaan buatan Malaysia. Kualiti yang konsisten terus menarik minat pembeli di pelbagai rantau antarabangsa.
Kedudukan ini turut memperkukuh peranan strategik PROTON. Syarikat kini berfungsi sebagai hab pengeluaran kenderaan Geely yang penting di rantau ini.
Penghargaan Khas Kepada Warga Kerja Kilang
Bagi menghargai kejayaan ini, PROTON telah menganjurkan satu majlis penghargaan khas pada 12 Novemberyang menghimpunkan warga kerja dan pihak pengurusan bagi meraikan pencapaian tersebut serta mengiktirafdedikasi, ketekunan dan semangat kerja berpasukan yang menjadi tunjang kepada kejayaan ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, tahun ini merupakan tahun yang menyaksikan pelbagai pencapaian penting bagi PROTON dalam pelbagai aspek, didorong oleh kejayaan pelancaran model-model baharu yang telah meningkatkan permintaan di pasaran domestik dan antarabangsa.
“Majlis ringkas ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah merealisasikan pencapaian ini, walaupun sumbangan mereka mungkin tidak begitu mendapat perhatian umum berbanding mereka yang bertugas di barisan hadapan.
"Daripada operator pengeluaran dan jurutera kepada pasukan jaminan kualiti, logistik serta fungsi sokongan, setiap daripada mereka telah memainkan peranan penting dalam menjayakan pencapaian ini. Kami akan terus mengharapkan sokongan dan komitmen mereka dalam memacu pengembangan PROTON pada masa hadapan,” katanya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY7645
SELANGOR
BSV1849
JOHOR
JH5414J
PULAU PINANG
PSH4566
PERAK
AP1051
PAHANG
CFJ4301
KEDAH
KGJ8575
NEGERI SEMBILAN
NEM6179
KOTA KINABALU
SJV2257
KUCHING
QAB403Q
Terakhir Kemas Kini 18 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Catat Rekod Pengeluaran Bulanan Tertinggi Dalam 24 Tahun
Kilang Tanjung Malim Rekod 23,006 Unit Pengeluaran Oktober.
18-11-2026
Kerugian Banjir Selangor 2025 Melonjak Kepada RM52.9 Juta
Laporan DOSM mendedahkan kerugian banjir Selangor 2025 meningkat lebih dua kali ganda kepada RM52.9 juta.
17-11-2026
Cuba Rempuh PGA: Pasangan Kekasih Ditahan, Simpan Video Lucah
Sepasang kekasih cuba merempuh PGA.
17-11-2026
Jajaran PLUS, Senai-Desaru Dibuka Awal Tahun 2027
Ada berita baik untuk orang Johor, Jajaran PLUS, Senai-Desaru bakal dibuka awal tahun depan.
17-11-2026
Honda Sumber Auto Edaran PJ Ditutup Selepas 25 Tahun Beroperasi
Selepas 25 Tahun Beroperasi, Honda Sumber Auto Edaran PJ Akhirnya Tutup.
17-11-2026
LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah
Sayangilah LTU: Simpan Sampah Dalam Kereta, Bukan Campak ke Jalan.
16-11-2026
BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW Terpakai
BMW, UM Melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Menggunakan Bateri Hayat Kedua Kenderaan Elektrik BMW untuk Kampung Orang Asli di Pahang.
16-11-2026
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai kereta pendahulu KLHALF Marathon 2026 sebelum pelancaran rasmi.
16-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

.jpeg)
