Pengedar Smart Kini Di KK,PJ, Kuantan

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) meengumumkan bahawa pihaknya telah melantik tiga pengedar smart baharu di seluruh Malaysia.
Tiga pengedar sah itu ialah: Fook Loi Eurocar Sdn Bhd untuk smart di Kota Kinabalu, Sabah, Naza Automotive Group untuk smart di Petaling Jaya, Selangor dan Hoi Keen Service Sdn Bhd untuk smart di Kuantan, Pahang.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, susulan momentum yang kukuh dan minat yang semakin meningkat di Malaysia, smart Malaysia bersedia untuk mengembangkan portfolionya.
“Matlamat kami adalah untuk melonjak ke peringkat seterusnya dan terus meluaskan liputan pasaran dengan produk dan perkhidmatan smart kami.

“Ini akan membina kepercayaan yang lebih besar dalam kalangan pelanggan serta mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam segmen premium," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Untuk makluman anda, kesemua pengedar baharu PRO-NET itu mempunyai reputasi yang cukup.baik.
Misalnya Fook Loi Eurocar memiliki rangkaian pengedar terbesar di Sabah manakala Naza Automotif Group pula akan membuka cawangan mereka di sebelah Lebuhraya Persekutuan.
Sementara itu, Hoi Keen Service, pula diiktiraf sebagai penerima Anugerah CEO & Diamond Proton 2023. Ia merupakan satu pengiktirafan tertinggi dalam Pengedar Proton.

Bagaimanapun, operasi ketiga-tiga cawangan smart ini akan bermula pada suku ketiga dan suku keempat tahun 2024.

Sehubungan itu, smart Malaysia turut menjemput semua orang ramai yang berminat untuk memandu uji dan menikmati Tawaran Eksklusif smart Long龙-evity di pusat pengedar smart yang terletak:
• smart Ipoh (GB Auto).
• smart Balakong (Hap Seng Smart).
• smart KL (Hap Seng Smart).
• smart Penang (Eleganz Lifetsyle).
• smart Alor Setar (Lee Motors).
• smart Glenmarie (EON Berhad).
• smart Setia Alam (Wheelcorp EV).
• smart Melaka (Sigma Energy EV).
• smart Johor Bahru (Motor Future).
• smart Damansara (smart Mobility).
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


