Perodua Bakal Hasilkan EV Mampu Milik?

EV mampu milik dari Perodua hujung tahun depan?
Itu antara bayangan yang diberikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di laman media sosial, X semalam.
“Bila bercerita tentang EV, ramai yang mengadu harganya terlalu tinggi. Oleh itu, Perodua telah dipilih sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

“Semalam saya telah berbincang dengan syarikat PERODUA bagi mengetahui lebih lanjut perkembangan projek EV mereka dan bagaimana kerajaan dapat membantu untuk menjayakan projek tersebut demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara,” tulisnya.
Ini bermakna pihak MITI telah memilih pengeluar kereta nasional itu untuk menerajui kenderaan elektrik di negara ini.

Terdahulu, Perodua ada menayangkan sebuah kereta konsep Bernama EMO semasa acara Malaysia Autoshow 2023.
Dalam teaser awal yang telah dikongsikan, EMO telah dijelaskan sebagai singkatan bagi 'Electric Motion Online' di mana huruf "E" pada logo tersebut digambarkan sebagai wayar serta plug berwarna biru. Ini memberikan bayangan awal mengenai EV yang bakal diperkenalkan oleh pihak Perodua.
Perodua membayangkan Konsep EMO mempunyai sistem penggerak elektrik sepenuhnya dengan output yang dikatakan sekitar 95 PS/121 Nm, dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j sekitar 10 saat dan kelajuan tertinggi 160 km/j. Kemungkinan besar, konsep ini menggunakan penjana tunggal yang menggerakkan roda hadapan (FWD).
Apa yang menjadi persoalan adakah EMO yang akan didedahkan Perodua nanti?
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF2478
SELANGOR
BSR4438
JOHOR
J2475J
PULAU PINANG
PSD5978
PERAK
APJ6520
PAHANG
CFH648
KEDAH
KGG8975
NEGERI SEMBILAN
NEK8437
KOTA KINABALU
SJS9016
KUCHING
QAB1607P
Terakhir Kemas Kini 08 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM
Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.
03-06-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Berita Terkini
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota
Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat