ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Porsche Taycan Turbo GT, Kuasa Kuda Luar Biasa!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tahukah anda, Porcshe Taycan Turbo GT adalah salah satu model Porsche paling berkuasa setakat ini.

Ini kerana ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,092 hp jika menggunakan fungsi Attack Mode yang lazimnya digunakan ketika berada di litar.

Sementara itu, daya kilasnya pula mencecah1,340 Nm menyebabkan ia mampu memecut dari 0-96 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 2.2 saat atau 2.1 saat.

image.png

Difahamkan, Porsche masih menggunakan dua motor, manakala motor  bahagian belakang sudah dinaik taraf menyebabkan ia kini lebih berkuasa dan cekap.

Bukan itu sahaja, inverter motor belakang kini menggunakan silikon karbida untuk menghasilkan 900 amp.

Bagi membolehkan ia memecut dengan lebih pantas, kebanyakan  komponen pada model ini diperbuat daripada gentian karbon.

image.pngimage.png

Satu lagi ialah casis dan tweak aero masih  diteruskan dengan persediaan suspensi Porsche Active Ride yang dipertingkat dengan penalaan khusus untuk Turbo GT manakala sistem brek seramiknya juga dinaik taraf.

image.png

Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan pelbagai trim gentian karbon.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan enam pilihan warna termasuk Pale Blue Metallic dan Purple Sky Metallic.

Melihat tayarnya, ia dipadankan dengan rim bersaiz 21 inci yang mana ia dibaluti tayar Pirelli P Zero Trofeo R yang juga lebih ringan.

image.pngimage.png

Ia juga hadir dengan pemesong udara bahagian bawah badan dan diffuser hadapan baharu.

Karakter sporti turut diterapkan pada ruang kabin, di mana Turbo GT ini dilengkapi dengan roda stereng balutan Race-Tex, termasuk kerusi adaptif sports yang boleh dilaraskan dalam 18 hala.

Tertera juga perkataan Turbo GT di bahagian perehat kepala di kedua-dua tepat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Di sebalik itu, EV berprestasi tinggi ini berjaya mencatatkan masa 1:27.87.   ketika diuji di litar WeatherTech Raceway Laguna Seca pada Februari lalu.

image.png

Pandu uji itu sebenarnya adalah penanda aras untuk membuktikan kemampuan jenetra ini.

Penghantaran  Porsche Taycan Turbo GT ini dijangka akan dimulakan pada musim panas untuk beberapa pasaran seperti Eropah, Amerika Syarikat dan banyak lagi. 

image.png

Ia dijual pada harga bermula  AS$230,000 (RM1.1 juta) untuk pasaran AS, sekali gus menjadikannya ia adalah  model Taycan paling mahal setakat ini.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Global

27-01-2026
Global

20-01-2026
Global

15-12-2025
Global

24-11-2025
Global

20-11-2025
Teknologi

27-10-2025
Global

22-10-2025

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.