ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Skim Insentif Panel Solar Rakyat Diperkenal, Rebat Sehingga RM4,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SOLAR-PANEL-3.jpeg


Bagi menggalakkan pemasangan  sistem solar fotovoltaik (PV) di rumah, kerajaan memperkenalkan Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) di bawah program Net Energy Metering (NEM). 


Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting yang pantas untuk memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB)


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, "Mengambil kira potensinya yang besar, pemasangan sistem solar PV di premis kediaman wajar diperluaskan bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70 peratus menjelang tahun 2050 serta mampu mengurangkan perlepasan karbon oleh sektor bekalan elektrik.”


REBAT SEHINGGA RM4,000


solar-panel-111.png


Pelancaran SolaRIS dijangka akan meningkatkan penggunaan penjanaan solar dalam kalangan rakyat di bawah program NEM. Rebat sebanyak RM1,000/kWac sehingga maksimum RM4,000 diberikan kepada pengguna baharu NEM Rakyat yang membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada atau selepas 1 April 2024.


KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN


Skim ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki akaun Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan juga kepada individu yang memohon untuk kali pertama di bawah program NEM. 


Pemberian rebat akan dilaksanakan mengikut prinsip 'first come first served' bagi kuota NEM Rakyat mulai 1 April hingga 31 Disember 2024. Permohonan NEM Rakyat yang diluluskan harus beroperasi selewat-lewatnya pada 31 Mac 2025, atau sehingga kuota rebat SolaRIS selesai diagihkan, mana-mana yang terlebih dahulu.


PEMBAYARAN REBAT


Rebat akan disalurkan selepas pemasangan dan pengoperasian sistem solar PV di bawah program NEM Rakyat atas nama pemegang bil, dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan pengguna, tertakluk kepada terma dan syarat tuntutan yang telah ditetapkan.


Dengan langkah-langkah ini, harapan untuk masa depan hijau dan lestari semakin cerah, memberikan peluang kepada lebih ramai individu untuk turut serta dalam usaha melindungi alam sekitar. 


EV-SOLAR-PANEL.png


Perkara ini diumumkan selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan akan menyediakan  garis panduan untuk pemasangan panel solar di seluruh negara, termasuk di bangunan komersial, premis perniagaan, dan rumah kediaman. Ini satu perkembangan yang penting bagi pengguna kenderaan elektrik (EV) yang bercadang untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui, solar, di masa hadapan. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQH7424

SELANGOR

BSL7092

JOHOR

JYP8270

PULAU PINANG

PRX6857

PERAK

APE2945

PAHANG

CFE7972

KEDAH

KGD8557

NEGERI SEMBILAN

NEJ2956

KOTA KINABALU

SJP7507

KUCHING

QAB389N

Terakhir Kemas Kini 18 Jan, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.52

-0.02

RON 97

RM 3.08

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.84

-0.05

EURO 5 B7

RM 3.04

-0.05

Terakhir Kemas Kini 15 Jan, 2026

Berita Terkini

Teknologi

AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?

Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.

14-01-2026
Teknologi

Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.

16-12-2025
Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi

Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).

18-08-2025
Teknologi

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.