MATEC 2026 Pamer Lebih 12 Teknologi, Dari ADAS Hingga Pengecasan EV

Ada berita baik bagi mereka yang mahu menerokai bidang automotif dan sektor teknologi tinggi memandangkan pameran MARA Automotive Ecosystem (MATEC) sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menerusi MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2026, terdapat lebih 12 teknologi automotif, meliputi kenderaan autonomi, mobiliti elektrik, diagnostik bengkel dan kejuruteraan perlumbaan.


Lebih menarik, pameran ini menghubungkan pelatih dan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA, termasuk GIATMARA, dengan syarikat yang menawarkan pekerjaan menerusi sesi temu duga terbuka.


Pameran itu meliputi kenderaan dua roda dan empat roda, servis dan penyelenggaraan, alat ganti serta aksesori. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat daripada institusi pendidikan MARA mengenai laluan pendidikan dan kemahiran serta penerapannya dalam sektor pekerjaan automotif.
Antara bidang yang boleh diterokai pengusaha ialah teknologi bateri, kenderaan autonomi dan sistem diagnostik berasaskan kecerdasan buatan (AI).
MARA mahu lebih ramai usahawan automotif Bumiputera menceburi bidang berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dr. Azmi Amat Murjan berkata, edisi kali ini memberi tumpuan kepada pendigitalan dan teknologi baharu.

"MATEC memberi ruang kepada mereka untuk bertemu pembekal dan institusi latihan serta mengenal pasti latihan dan kerjasama yang sesuai dengan keperluan bengkel masing-masing.
“Kita perlu beralih kepada teknologi tinggi. Contohnya, kita sebut sekarang sebagai HGHV, iaitu high growth, high value, sebab daripada nilai-nilai sebegini ia akan membuka peluang kepada pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam pameran itu, antara teknologi yang ditampilkan merangkumi kenderaan autonomi, kenderaan elektrik (EV), teknologi bateri EV, sistem pengecasan pintar EV, diagnostik automotif berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi Formula 1.


Turut diketengahkan ialah teknologi pelincir termaju, ujian prestasi menggunakan dinamometer (dyno), sistem suspensi pintar, pengimbas diagnostik automotif termaju, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dan elektronik kenderaan pintar.
Difahamkan, pameran itu memamerkan kenderaan dua roda dan empat roda, servis dan penyelenggaraan, alat ganti serta aksesori.
Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat daripada institusi pendidikan MARA mengenai laluan pendidikan dan kemahiran serta penerapannya dalam sektor pekerjaan automotif.
Selain pameran teknologi, MATEC 2026 turut menampilkan pengisian komuniti permotoran, termasuk teksi drift, serta aktiviti untuk seisi keluarga.
MATEC 2026 berlangsung dari 27 hingga 29 November di Parkir A dan B, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Kemasukan adalah percuma.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Fakta Menakutkan: Apa yang Berlaku Pada Kereta Anda Apabila Anda Terlelap Sesaat?
Jangan Biarkan 5 Saat Mengubah Takdir: Realiti Menakutkan Di Sebalik Microsleep.
08-06-2026
Proton X50 Facelift 2025 Didedah, ROI Sudah Dibuka, Ia Kini Hadir Dengan Arahan Suara Versi Bahasa Melayu
Pendaftaran minat (ROI) untuk model ini sudah pun dibuka walaupun Proton X50 Facelift 2025 masih belum dilancarkan secara rasminya.
01-07-2025
7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025
Walaupun harga masih belum diumumkan, Proton X70 sudah boleh ditempah dengan bayaran deposot RM500.
05-08-2024
Berita Terkini
Jetour G700 Ark Edition Boleh Buat Apa Yang SUV Lain Tak Mampu
Mampukah SUV Anda 'Berenang'? Jetour G700 Ark Edition Buktikan Keupayaannya!
28-10-2026
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
