Tiggo 7 Pro Juga Akan Hadir Versi CKD Tapi Lambat Lagi

Chery Malaysia baru sahaja mempertontonkan Chery Tiggo 7 Pro namun buat masa ini model berkenaan akan dipasarkan dalam versi import sepenuhnya (CBU).
Tiggo 7 Pro versi CBU ini akan dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
Menurut sumber daripada Chery Malaysia , selepas CBU dari China dibawa masuk, model SUV itu akan dihasilkan secara pemasangan tempatan di kilang pengeluarannya di Kulim, Kedah selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini.

Model pertama CBU akan tiba di bawah approval permit yang diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


Sumber yang sama turut memaklumkan bahawa walaupun beberapa unit pertama Tiggo 7 Pro hadir sebagai CBU namun pihaknya akan tetapnya menjualnya pada harga yang sama dengan model CKD iaitu di bawah harga RM130 ,000.
Bagaimanapun, pembuat kereta itu, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perbezaan harga antara model CBU dan CKD.

Ini adalah strategi yang sama digunakan pada Chery Omoda E5 yang baru dilancarkan,.
Pada masa ini, Omoda E5 yang diimport sepenuhnya dijual pada harga RM146,800 manakala Omoda E5 itu akan dihasilkan dalam versi CKD tidak lama lagi.
Chery Malaysia kini sibuk menaik taraf dan mengembangkan kemudahannya di Inokom Kulim.
Pada masa ini, fasiliti Chery di Inokom Kulim itu mengendalikan kerja-kerja pemasangan tempatan Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro.


Untuk pasaran Malaysia, Tiggo 7 Pro ini akan ditawarkan dengan enjin 1.6 liter empat-silinder turbo yang menjana kuasa sebanyak 197 hp dan 290 Nm tork.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7181
SELANGOR
BSQ8573
JOHOR
JYY8042
PULAU PINANG
PSD1475
PERAK
APJ2670
PAHANG
CFG7947
KEDAH
KGG5327
NEGERI SEMBILAN
NEK6701
KOTA KINABALU
SJS4390
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat