Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Rasmi Di M’sia – Dari RM469K
![]()
Touareg R-Line generasi ke-3 versi CKD kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Touareg R-Line serba baharu, generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. SUV andalan yang dipasang di dalam negara (CKD) ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM469,990, termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package).
CIRI MEKANIKAL VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE



Model ini dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 TSI yang mampu menghamburkan kuasa mencecah 340 PS dan tork 450 Nm. Kuasa disalurkan kepada semua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan dan sistem pintar 4MOTION. Menggunakan sistem ini membolehkan pemandu memilih mod yang bersesuaian dengan jenis permukaan jalan.
REKAAN VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE




Dari segi rekaan, Volkswagen Touareg R-Line serba baharu tampil garang dengan sentuhan terkini yang diberikan pada sudut hadapan dan belakang.



Di bahagian depan, gril radiator, lampu hadapan dan apron depan telah diberikan sentuhan baharu. Lampu yang digunakan hadir dengan teknologi canggih IQ LIGHT HD MATRIX, yang merangkumi lebih 38,000 lampu LED mikro, memberikan kualiti pencahayaan yang lebih tepat dan jelas. Teknologi lain ialah Night Vision, pertama untuk Volkswagen di Malaysia, yang memberikan pandangan lebih jelas pada waktu malam. Sistem ini menggunakan sensor infrared dan kamera untuk mengesan kehadiran manusia atau haiwan dalam jarak 130 meter bagi mengelakkan pelanggaran.
Sudut belakang juga kini lebih menyerlah dengan jalur lampu LED. Logo Volkswagen kini bercahaya merah, ciri yang sebelum ini hanya ditawarkan di pasaran China dan Amerika Syarikat.
Pakej R-Line memberikan model ini gaya elegan dan sporty yang termasuk rim Braga berukuran 20 inci, kemasan krom, serta logo R pada pintu dan gril depan.
KABIN VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE




Bergerak masuk ke dalam kabin lima tempat duduk Volkswagen Touareg R-Line yang luas, terdapat beberapa ciri penting iaitu panel paparan gabungan dua skrin iaitu panel instrumen Digital Cockpit bersaiz 12.3 inci dan sistem infotainmen Discover Pro Max dengan sambungan tanpa wayar App-Connect.




Kelengkapan lain yang disediakan di ruang kabin ialah pad pengecas tanpa wayar, kawalan pendingin hawa 4 zon dan sebagainya.
Untuk hiburan, sistem audio yang disediakan ialah Dynaudio Consequence 730W bersama amplifier 80W. Sistem ini menggunakan 13 speaker serta sebuah sub-woofer yang ditempatkan di lantai kereta.

Ruang kargo yang disediakan boleh diluaskan sehingga mencapai kapasiti 810 liter.
Memaksimumkan pengalaman premium pengguna, terdapat pantulan cahaya yang memaparkan logo Volkswagen apabila pintu dibuka.
SISTEM KESELAMATAN VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE



Touareg dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih Volkswagen, IQ.DRIVE yang merangkumi ACC Kawalan Jelajah Adaptif (dengan fungsi Henti-Mula), Pemandangan Keliling, Bantuan Brek Kecemasan Autonomi Hadapan, Brek Pasca Pelanggaran Automatik, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Parkir, Bantuan Sis dan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Pemantau Perhatian Pemandu Termaju dan juga sistem Pemantau Tekanan Tayar. Touareg generasi terbaru ini merupakan model Volkswagen pertama yang hadir dengan ciri Bantuan Lintasan Trafik Hadapan.
HARGA VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE


Touareg ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu biru (Lapiz Blue), kelabu (Silicon Gray), hitam (Grenadilla Black), putih (Oryx White) dan perak (Dolomite Silver). Model ini ditawarkan di pasaran bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package) yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun pada harga RMRM469,990.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari di www.volkswagen.com.my/touareg-r-line. Pandu uji dan tempahan juga boleh dibuat melalui mana-mana cawangan pengedar sah Volkswagen.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4976
SELANGOR
BSV1295
JOHOR
JH4296J
PULAU PINANG
PSH4118
PERAK
APM9627
PAHANG
CFJ4115
KEDAH
KGJ8212
NEGERI SEMBILAN
NEM5912
KOTA KINABALU
SJV1864
KUCHING
QAB219Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal
Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.
06-02-2026
VW Golf GTI Sepang Edition Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM262,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan edisi istimewa bagi Volkswagen Golf GTI.
08-10-2025
Zietlow Kini Mahu Cipta Rekod Dunia Dengan Volkswagen ID. Buzz
Zietlow kini berada di Malaysia dalam usaha mencatat rekod Guinness World Records dalam menjelajah pelbagai negara dengan menggunakan kenderaan elektrik Volkswagen ID. Buzz.
07-10-2025
Volkswagen Golf R CKD Kini Rasmi Dipasarkan Di Malaysia – Capai 320 HP, Dari RM332,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akhirnya melancarkan Volkswagen Golf R pemasangan tempatan (CKD). Ini spesifikasinya...
20-05-2024
Volkswagen Tiguan Allspace 2023 Kini Dengan ADAS IQ.Drive – Harga Dari RM165K
Tiguan Allspace kini lebih selamat dengan teknologi sokongan pemandu aktif (ADAS) IQ.Drive.
06-07-2023
Tempoh Jaminan Lebih Panjang Untuk Volkswagen Golf GTI, Arteon R-Line
VPCM telah mengumumkan penawaran Pakej Jaminan Volkswagen. Ini yang perlu anda tahu...
05-07-2023
Pelantikan Denyu Bostandzhiev Sebagai Pengarah Urusan PHSAM & VPCM
PHSAM dan VPCM telah mengumumkan pelantikan Denyu Bostandzhiev sebagai Pengarah Urusan Bersama baharu.
01-07-2023
VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal
Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.
06-02-2026
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge