AMG C43 4Matic, Masih Belum Ada Harga Tapi Katanya "Murah"

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut menayangkan model C Class W206, Mercedes-AMG C43 4Matic yang dikatakan agak murah berbanding beberapa koleksi Mercedes yang dipamerkan baru-baru ini.
Untuk makluman, Mercedes-AMG C43 masih belum dilancarkan secara rasminya namun ia sudah ditayangkan kepada pihak media.

Dikhabarkan, model sedan ini akan dijual pada harga di bawah RM500,000 dan akan dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti MBM yang terletak di Pekan, Pahang.
Apa yang cukup menarik ialah langkah CKD ini menjadikan Malaysia satu-satunya negara di luar Jerman yang memasang model AMG sepenuhnya.


Jentera ini dijana dengan enjin 2.0L turbo empat-silinder yang dibantu dengan motor elektrik yang dikatakan menggunakan teknologi dari perlumbaan Formula 1.
Motor itu yang dihubungkan dengan sistem hibrid ringkas 48-volt dan unit stater generator pacuan tali sawat (RSG), membuatkan ia menyalurkan kuasa tujahan tambahan 14 PS (13 hp).


Untuk itu, secara keseluruhan, ia boleh menghasilkan kuasa setakat 408 PS dan tork 500Nm.
Tetapan MHEV yang dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan AMG Speedshift MCT 9G.
Bukan itu sahaja, model ini yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4Matic, dimana agihan tork lebih kepada gandar belakang iaitu 30:70.
Jadi, W206 C43 4Matic ini mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 4.6 saat manakala ia mampu mencapai kelajuan tertinggi setakat 250 -260km/j dengan bantuan AMG Driver Package.

Melihat luarannya, AMG C43 4Matic ini sebenarnya agak mengancam kerana ia kelihatan lebih sporty dan agresif.
Ia didatangkan dengan gril hadapan signatur 'Panamericana' serta lambang AMG, ekzos berkembar AMG, lencana 'Turbo Electrified' baharu pada spatbor hadapan untuk menandakan ia didatangkan dengan trenkuasa elektrik.
Ia turut didatangkan lampu hadapan Digital Light, rim AMG 19-inci dengan tayar Continental SportContact 7 serta sistem brek yang lebih besar.

Menjengah bahagian kabinnya, penulis mendapati ia , dihiasi dengan upholsteri kulit sintetik Artico serta dengan kemasan gentian Microcut bersama jahitan merah.
Ia diberikan roda stereng AMG, tempat duduk sport balutan Alcantara, tali pinggang keledar berwarna merah, kemasan gentian karbon pada papan pemuka, set pedal aloi AMG, karpet kaki AMG, paparan head-up, sistem bunyi Burmerster dan juga bumbung panaromik.


Bagi ciri-ciri teknologinya pula, ia didatangkan secara standard dengan sistem audio premium Burmester yang disambungkan pada unit infotainmen.


Terdapat juga kluster instrumen digital dengan paparan kepala (HUD), serta sistem bantuan ADAS.

Apa pula pandangan anda mengenai jentera ini? Kongsikan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8391
SELANGOR
BSU1024
JOHOR
JE8786J
PULAU PINANG
PSF8944
PERAK
APL7586
PAHANG
CFH8525
KEDAH
KGJ2795
NEGERI SEMBILAN
NEM1167
KOTA KINABALU
SJU3198
KUCHING
QAB6436P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat