ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasmi melancarkan MPV Hyundai Stargazer Malaysia hari ini, di ibu negara sebentar tadi.

Menawarkan tiga varian—Style, Prime, dan Stargazer X, pada harga bermula RM99,800, model baharu berkonsepkan 'The WEhicle' ini direka khusus untuk memenuhi keperluan keluarga moden menerusi ruang pintar, teknologi keselamatan Hyundai SmartSense, serta pelbagai ciri keselesaan premium.

 MPV Moden Untuk Keluarga Malaysia

image.pngimage.png

Menurut Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, jentera ini direka berasaskan nilai teras keluarga moden seperti ruang pintar dan keselamatan tanpa kompromi.

Bahagian dalamannya direka teliti dengan pelbagai ciri praktikal seperti kotak lantai kargo berpenutup, meja sandaran tempat duduk, dan pelbagai port USB. Model varian Hyundai Stargazer X turut dilengkapi konsol tengah terapung bersama tray jenis boleh tanggal untuk lebih fleksibiliti.

Ciri Keselamatan Lanjutan Hyundai SmartSense

image.png

Aspek keselamatan menjadi keutamaan menerusi pengenalan sistem Hyundai SmartSense (ADAS 2.0).

Bergantung pada varian pilihan, ia merangkumi fungsi keselamatan penting seperti:

  • Bantuan Elak Perlanggaran Hadapan (Forward Collision-Avoidance Assist)

  • Kawalan Pelayaran Pintar dengan Henti & Mula (Smart Cruise Control with Stop & Go)

  • Bantuan Elakkan Perlanggaran Titik Buta (Blind-Spot Collision-Avoidance Assist)

  • Bantuan Mengikut Lorong (Lane Following Assist)

Terdapat juga sistem Safe Exit Warning dan Parking Distance Warning.

SPESIFIKASI

Untuk model ini, ia hadir dengan enjin Smartstream Gamma II  1.5 MPi yang mana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 115PS dan tork 144Nm.

Enjin ini sangat popular untuk model segmen-B dan MPV kompak di pasaran Asia Tenggara kerana mementingkan kecekapan bahan api serta penyelenggaraan yang mudah

Varian dan Harga Rasmi Hyundai Stargazer Malaysia

image.png

Barisan baharu ini hadir dalam tiga pilihan varian utama yang disesuaikan mengikut keperluan keluarga:

  • STARGAZER Style (RM99,800): Hadir dengan susunan 7 tempat duduk (2+3+2), lampu utama LED, pemain multimedia 8-inci, dan roda aloi 16-inci.

  • STARGAZER Prime (RM109,800): Menampilkan paparan berkembar 10.25-inci, sistem ADAS 2.0 Hyundai SmartSense, dan 6 beg udara.

  • STARGAZER X (RM121,800): Membawa gaya lasak ala SUV, susunan kerusi kapten 6 tempat duduk (2+2+2), tempat duduk kulit tiruan penuh, dan transmisi Shift-By-Wire.

Pakej Nilai Awal dan Perlindungan Nilai Jualan Semula (RVP)

image.png

Bagi meraikan pelancaran ini, HMY menawarkan Pakej Nilai Tempahan Awal (Early Bird Value Package) bernilai RM4,600*. Ia merangkumi servis percuma 8 kali atau 4 tahun, serta program Ganjaran All-Star rebat RM1,000 untuk pemilik sedia ada Hyundai.

Selain itu, program waranti myHyundaiCare 8 tahun / 160,000km* turut disediakan. Menariknya lagi, Hyundai memperkenalkan Program Perlindungan Nilai Jualan Semula (RVP) yang menjamin nilai tukar beli yang tinggi apabila pelanggan menaik taraf kepada kenderaan baharu pada tahun ketiga (70%), keempat (60%), atau kelima (50%).

Orang ramai dijemput hadir ke pusat pengedaran Hyundai di seluruh negara dari 26 hingga 27 September ini untuk memandu uji sendiri 'The WEhicle' dan menikmati pelbagai aktiviti keluarga hujung minggu ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ6340

SELANGOR

BST8165

JOHOR

JE4745J

PULAU PINANG

PSF6587

PERAK

APL5650

PAHANG

CFH7725

KEDAH

KGJ1782

NEGERI SEMBILAN

NEL9216

KOTA KINABALU

SJU1860

KUCHING

QAB5856P

Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

10-02-2026
Kereta Baru

10-02-2026
Berita Auto
Berita Auto

20-12-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-12-2025
Kereta Baru

15-10-2025
Kereta Baru

08-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Kereta Baru
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Volvo EX90?

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.