AMG S63: Hasilkan Kuasa 802 HP, Harga RM2.24 Juta

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan model Mercedes-AMG S63 E-Performance sempena acara ‘Luxury Like No Other’ yang berlangsung di Bangsar, pagi tadi.
Model ini sebenarnya sudah pun dilancarkan secara global pada akhir tahun 2023.

Mercedes-AMG S63 E-Performance adalah antara tiga model yang digembar-gemburkan oleh MBM pada bulan lalu selain GLS 450 4Matic dan Maybach GLS 600 4Matic.

Mengimbas kembali, ini ialah varian prestasi elektrik untuk limo perdana S-Class generasi ketujuh (W223 & V223).
Bagi Malaysia, MBM telah memilih untuk menawarkan S63 E Performance dalam bentuk jarak roda panjang (LWB) V223 untuk mencerminkan seluruh rangkaian S-Class tempatan ketika ini.
Gara-gara namanya E-Performance, pastinya ia menerima sistem plug-in hybrid (PHEV) berprestasi tinggi dimana ia yang menggunakan enjin 2.0L empat-silinder, S63 E Performance ini masih menggunakan enjin V8.
Untuk itu, ia dapat menghamburkan kuasa setakat 802 hp dan tork 1,430 Nm sekali gus menjadi versi S-Class yang paling berkuasa setakat ini.
Kesemua kuasanya disalurkan melalui kotak automatik 9-kelajuan AMG Speedshift MCT 9G dan suite AMG Performance 4Matic+ pacuan semua roda (AWD).
Lebih menarik, ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.3 saat manakala kelajuan tertinggi pula adalah 290 km/j.


Sedan versi Malaysia ini juga dilengkapi dengan pilihan Pakej Pemandu AMG.
Menerusi Pakej Pemandu AMG yang disebutkan tadi, S63 E Performance turut menyaksikan casisnya digabungkan dengan suspensi udara AMG Ride Control+, sistem gantungan AMG Active Ride Control dan stereng gandar belakang aktif, serta brek komposit seramik berprestasi tinggi AMG.
Bagi penggayaan, prestasi pantas dan ketangkasannya dipadankan dengan roda AMG 21 inci, dan beberapa kemasan gentian karbon, AMG Night yang menawarkan kemasan hitam berkilat pada cermin sisi dan ekzos.
Bahagian dalamannya pula, S63 E Performance sebenarnya agak berbeza daripada model S-Class biasa disebabkan ia lebih sporty dan agak gelap gara-gara pakej AMG Exclusive.


Selain itu, ia hadir dengan upholsteri tempat duduk kulit Nappa dan stereng berprestasi tinggi AMG. Serta terdapat juga kemasan kayu poplar liang terbuka antrasit.
Tidak ketinggalan terdapat juga panel pintu AMG serta karpet kaki AMG yang diserlahkan dengan jahitan benang merah.

Model ini juga hadir dengan skrin tengah OLED 12.8-inci, skrin infotainmen MBUX 12.3-inci dan pada stereng AMG, terdapat kawalan Drive Select serta trim Carbon Fiber.
S63 E Performance juga dilengkapi dengan paparan head-up untuk pemandu, lampu ambien, sistem bunyi surround 3D Burmester, pakej Air Balance dan juga pengecas telefon pintar untuk kabin hadapan dan belakang.
Mengenai ciri keselamatan pula, ia sistem Active Distance Assist Distronic, Active Steering Assist dan Active Lane Keeping Assist, serta sistem Active Parking Assist bersama Parktronic dan Parking Package yang lengkap dengan kamera 360-darjah.

Model yang diimport sepenuhnya ini dijual pada harga RM2,238,888.
Harga ini sebenarnya termasuk dengan waranti bateri bervoltan tinggi selama enam-tahun atau 100,000 km, yang mana sampai dahulu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD5609
SELANGOR
BSR1357
JOHOR
JYB3274
PULAU PINANG
PSD3074
PERAK
APJ4034
PAHANG
CFG8602
KEDAH
KGG6486
NEGERI SEMBILAN
NEK7306
KOTA KINABALU
SJS5348
KUCHING
QAB516P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat