Auto China 2024: Neta L Selamat Mendarat

Neta Auto secara rasminya melancarkan Neta L sempena pameran Beijing International Auto Show 2024, sebentar tadi.
Sebaliknya, SUV yang disasarkan untuk golongan muda yang berkeluarga dikatakan hanya akan ditayangkan di Malaysia pada tahun depan.
Dari segi saiz, Neta L adalah sepanjang 4,770 mm, selebar 1,900 mm, setinggi 1,660 mm manakala jarak roda pula 2,810 mm.

Neta L ini ditawarkan dalam dua varian: range extender electric vehicle (REEV) - EREV 1070 Comfort dan EREV 1070 Luxury.
Menurut NETA, REEV menjanjikan perjalanan yang cukup menjimatkan kerana menggunakan sistem range extension HOZI 2.0.


Ia yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson empat-silinder petrol turut menawarkan penjimatan minyak.
Apa tidaknya, bacaan penggunaan minyak adalah serendah 4.85 liter per 100 km, manakala kecekapan minyak kepada elektrik pula, 3.26 kWh per liter.
Selain itu, ia yang menggunakan sebuah motor elektrik mampu menghamburkan kuasa setakat 227 hp.
Para pelanggan ditawarkan dengan dua pilhan bateri, 30 kWj dan 40 kWj. Masing-masing menjanjikan jarak pemanduan 220 km dan 310 km.

NETA menambah bahawa kadar baterinya penuh dari 30 – 80 % hanya dalam masa 19 minit manakalan jarak pemanduan REEV adalah sehingga 1,300 km.
Untuk mencapai kecekapan dan keselesaan pengecasan, ia menggunakan teknologi pengurusan terma suhu malar Hozon EPT4.0 yang canggih.

Lebih menarik, NETA L EV ini akan menjadi model pertama di seluruh dunia yang dilengkapi dengan bateri Siri L ShenXing CATL.
Dari segi suspensi, Neta L menggunakan jenis MacPherson strut untuk bahagian depan dan multilink untuk bahagian belakang.
Menjengah bahagian luarannya, model ini dilengkapi dengan lampu utama dan DRL LED, lampu isyarat sequential dan lampu kabus belakang.

Bahagian dalam pula, ia mempunyai sebuah peti sejuk dengan suhu serendah -6 darjah celsius, selain ada juga pembesar suara di perehat kepala, pengecas telefon tanpa wayar dan kerusi urut sifar graviti dengan merebahka kerusi ke belakang sehingga 123-darjah.


Selain itu, tempat duduk penumpang mempunyai sokongan kaki yang boleh dilaraskan kepada empat hala, ada sistem pengudaraan, pemanasan dengan fungsi mengurut.
Mengenai ciri keselamatan pula, ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan yang canggih.
Maka, tidak hairanlah mengapa NETA Auto sudah meletakkan sasaran tinggi untuk memperkenalkan Neta L ini di lebih 20 negera pada suku kedua tahun ini.
Di Malaysia pula, kita buat masa ini hanya akan menerima Neta Aya dan X yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW3545
SELANGOR
BSP6005
JOHOR
JYV8092
PULAU PINANG
PSB8445
PERAK
APH1629
PAHANG
CFG3895
KEDAH
KGF6271
NEGERI SEMBILAN
NEK2883
KOTA KINABALU
SJR6798
KUCHING
QAB6955N
Terakhir Kemas Kini 04 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat