ChargeSini & Charge+ Berkolaborasi: Guna 1 Aplikasi Pengecas EV Di Singapura & Malaysia

ChargeSini telah menandatangani perjanjian kerjasama roaming dengan syarikat dari Singapura, Charge+.
Syarikat pengendali titik pengecasan awam (CPO) terkemuka di Malaysia, ChargeSini, berhasrat untuk memudahkan pengguna kenderaan elektrik (EV) yang sering berulang-alik merentasi sempadan Malaysia-Singapura melalui kerjasama perayauan (roaming) dengan pengendali pengecas EV terbesar di Singapura, Charge+.
Perjanjian antara ChargeSini dan Charge+ telah dimeterai awal minggu ini di Singapura oleh Pengasas dan CEO ChargeSini, James Goh dan CEO Charge+, Goh Chee Kiong.

CEO Charge+, Goh Chee Kiong (kiri) dan Pengasas dan CEO ChargeSini, James Goh (kanan) semasa majlis penandatanganan perjanjian kerjasama di Singapura.
Kerjasama perayauan antara kedua-dua syarikat dijangka dapat meningkatkan pengalaman pengguna EV di rantau ASEAN kerana dapat menikmati akses ke stesen pengecasan di kedua-dua negara dengan lebih mudah dan lancar. Pengguna EV kini tidak lagi perlu membuat pendaftaran dengan beberapa aplikasi berbeza.
Melalui perjanjian perayauan ini, pengguna EV Malaysia yang membuat perjalanan ke Singapura boleh mengakses dan mengecas EV mereka di stesen cas Charge+ menggunakan aplikasi ChargeSini. Begitu juga, pengguna EV Singapura yang melakukan perjalanan ke Malaysia boleh mengakses stesen pengecas EV ChargeSini melalui aplikasi Charge+.



Charge+ menyediakan 2,000 stesen pengecas EV di Singapura.
Ditubuhkan pada tahun 2018, Charge+ yang berpangkalan di Singapura kini mempunyai 2,000 stesen pengecas EV yang aktif di seluruh republik tersebut.
Sementara itu, ChargeSini mempunyai 701 stesen pengecas EV aktif di 224 hab yang terletak secara strategik di seluruh Malaysia. Rangkaian tersebut terdiri daripada 122 stesen pengecas DC dan 579 stesen pengecas AC. (Data: AGMOEV Dashboard, 28 Mac 2024)
"Saya rasa sangat berbesar hati kerana kini pengguna dari kedua-dua belah pihak boleh mengakses dengan mudah mana-mana stesen pengecas kami melalui aplikasi sedia ada," ujar James Goh dari ChargeSini yang telah menubuhkan firma penyedia perkhidmatan pengecasan EV Malaysia itu pada awal tahun 2022.


-full.jpg)
-full.jpg)
Rakan kongsinya, Charge+ turut berkongsi sentimen yang sama, "inisiatif perayauan ini akan menghapuskan tanggapan bahawa EV tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh dan rentas sempadan."
Kedua-dua syarikat berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menghubungkan pengguna EV melalui rangkaian pengecas EV mereka dengan menawarkan akses yang lancar, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan dan penggunaan EV di rantau ini.
Untuk makluman, Charge+ menyasarkan untuk menubuhkan sehingga 30,000 stesen pengecas EV di seluruh rantau menjelang tahun 2030 bagi membentuk 'Lebuh Raya Cas EV.’ Rangkaian pengecasan itu nanti dijangka akan mencapai kepanjangan lebih daripada 5,000 km dari Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja hingga Vietnam, menjadikannya pengecas EV terpanjang di ASEAN setelah pengembangan rangkaiannya selesai.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge