Crossover Elektrik, MINI Aceman Didedahkan Menjelang Penampilan Sulungnya di Auto China 2024

MINI sekali lagi telah mendedahkan EV Aceman yang akan membuat kemunculan sulungnya semasa Auto China 2024.
Selain menjadi pentas pengenalan EV dari negara China secara besar-besaran, pameran Auto China 2024 yang akan berlangsung minggu depan juga akan menyaksikan sejumlah pembuat kereta Eropah memperkenalkan produk mereka buat pertama kalinya, salah satu daripadanya ialah sebuah crossover elektrik, MINI Aceman.


Aceman (kiri) dikategorikan antara Cooper dan Countryman (kanan)
Terletak di antara Cooper baru dan Countryman, Aceman mempunyai panjang 4,075 mm, lebar 1,754 mm dan tinggi 1,495 mm, menjadikannya 217 mm lebih panjang daripada hatch Cooper tiga pintu tetapi masih 354 mm lebih pendek berbanding Countryman.


Foto rekaan MINI Aceman terbaru pernah bocor sebelum ini
Imej-imej yang sebelum ini pernah bocor di internet telah mendedahkan reka bentuk model ini secara terperinci. Dari foto tersebut, jelas terlihat bahawa model ini adalah gabungan antara Cooper dan Countryman, serta ciri rekaan terkini MINI dengan garis-garis badan yang memberikannya aura agresif.


Berbeza dengan Cooper, Aceman menerima rekaan lampu yang lebih menonjol bentuk segi empatnya, ciri ini merupakan salah satu elemen rekaan yang membuatkannya mudah untuk dibezakan dengan Cooper, selain memiliki lima pintu.


Aceman baharu dijangka akan ditawarkan dengan pilihan trenkuasa EV yang sama seperti Cooper.
Aceman yang bakal diperkenalkan itu nanti dibangunkan berdasarkan platform yang sama dengan Cooper, oleh itu ia dijangka akan hadir dalam spesifikasi kuasa yang sama. Sebagai perbandingan, MINI Cooper Electric didatangkan dalam dua varian, dengan varian asas, E, menggunakan motor elektrik tunggal di hadapan (FWD) dengan output 181 hp dan 290 Nm, yang dikuasakan oleh bateri 40.7 kWj memberikannya jarak WLTP sehingga 305 KM.
Sementara itu, varian tinggi, Cooper SE dilengkapi dengan motor FWD yang lebih berkuasa pada 214 hp dan 330 Nm, ditambah dengan bateri 54.2 kWj yang lebih besar yang membolehkannya mencapai jarak WLTP lebih jauh sehingga 402 km. Untuk pengecasan, kedua-dua varian menerima input AC 11 kW. Manakala bagi, input cas pantas DC pula, Cooper E boleh menerima sehingga 75 kW dan Cooper SE sehingga 95 kW.


EV MINI Aceman dijangka akan membuat penampilan sulungnya di peringkat global minggu depan semasa Auto China 2024, dan dipamerkan bersama-sama dengan Copper dan Countryman baharu.
Aceman dijangka akan mula dikeluarkan di China pada hujung tahun ini, sebelum diikuti oleh pengeluaran di kilang MINI Oxford pada tahun 2026 yang kini sedang dinaiktaraf secara besar-besaran.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR4933
SELANGOR
BSN5397
JOHOR
JYT5946
PULAU PINANG
PSA7671
PERAK
APG2151
PAHANG
CFF9062
KEDAH
KGE8763
NEGERI SEMBILAN
NEJ8463
KOTA KINABALU
SJQ9785
KUCHING
QAB4502N
Terakhir Kemas Kini 28 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas
Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.
24-03-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'
Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.
19-03-2026
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia
Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.
13-03-2026
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih
Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.
11-03-2026
Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link
Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi
06-03-2026
3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?
Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?
06-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat