EPMB Pasang Kereta BAIC Di Melaka

EP Manufacturing Berhad ("EPMB") memeterai Perjanjian Pemasangan Kenderaan dengan BAIC International Development Co. Ltd ("BAIC"), baru-baru ini.

Di bawah syarat perjanjian itu, EPMB melalui anak syarikat milik penuhnya, Peps-JV (Melaka) Sdn Bhd akan melaksanakan pemasangan dan pengeluaran kenderaan BAIC selama 10 tahun.
Model awal yang dijadualkan untuk pengeluaran adalah x55ii dan BJ40+, dengan barisan Kenderaan Elektrik (EV), yang dijadualkan akan dilancarkan pada 2025 nanti.

Menurut EPMB, BAIC akan menyediakan sokongan teknikal dan latihan yang berkaitan, serta bimbingan dan penyeliaan terhadap proses pemasangan dan pembuatan.
“EPMB pula akan bertindak sebagai pemasang kenderaan, memastikan kenderaan BAIC dipasang dengan teliti untuk memenuhi standard kualiti dan prestasi tertinggi.
“BAIC akan bertanggungjawab ke atas penjualan dan pemasaran kenderaan untuk memaksimumkan penembusan pasaran dan keterlihatan jenama di Asean,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu, hasil kerjasama ini bukan sahaja menekankan dedikasi EPMB terhadap inovasi dan kecemerlangan tetapi juga menonjolkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan tenaga kerja mahir di Malaysia.
“Dengan memanfaatkan kemudahan tercanggih EPMB di Melaka dan teknologi dan kepakaran termaju BAIC, kerjasama ini bertujuan untuk memenuhi permintaan kenderaan BAIC berkualiti tinggi di rantau Asean dan selanjutnya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif di EP Manufacturing Berhad, Hamidon Abdullah berkata, pihaknya teruja melihat momentum positif yang diperoleh syarikat.

“Kerjasama strategik dengan OEM dari China menandakan komitmen kami untuk merangka hala tuju ke arah keuntungan yang lebih baik untuk pemegang kepentingan kami,” katanya.
Perkembangan positif ini adalah susulan daripada pengumuman kemudahan perintis pembuatan automotif EPMB di Melaka, yang mana apabila siap akan mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan sehingga 30,000 kenderaan setahun.
EPMB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BAIC International pada Ogos 2023, yang sebenarnta membuka jalan kepada perjanjian yang dibuat ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT9464
SELANGOR
BSP2459
JOHOR
JYU7934
PULAU PINANG
PSB4263
PERAK
APG6453
PAHANG
CFG2189
KEDAH
KGF3294
NEGERI SEMBILAN
NEK1356
KOTA KINABALU
SJR3828
KUCHING
QAB5488N
Terakhir Kemas Kini 20 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Evolusi Kereta Masa Depan, Lubang Jamban Dalam Kereta
Adakah Sudah Tiba Masanya Kereta Malaysia Ada Tandas Sendiri?
20-04-2026
Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P
Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.
17-04-2026
Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta
"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.
17-04-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.
16-04-2026
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?
auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!
15-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat