- Berita
- Berita Auto
- Peugeot Buat Rumah Terbuka! Jadi Terawal Lihat & Tempah 408, Pandu Uji & Menang RM1,000!
Peugeot Buat Rumah Terbuka! Jadi Terawal Lihat & Tempah 408, Pandu Uji & Menang RM1,000!

Kempen 'Sinar Raya Open House Weekend' berlangsung dari 20 hingga 21 April ini.
Stellantis Malaysia, Syarikat Jualan Nasional (NSC) yang baru dibentuk, telah mengumumkan pelancaran kempen istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, 'Sinar Raya Open House Weekend' yang berlangsung bulan ini untuk jenama Peugeot.
Kempen yang diadakan pada 20 dan 21 April dari jam 9 pagi hingga 6 petang ini, melibatkan pengedar Peugeot yang terpilih di seluruh negara.
Salah satu tarikan utama kempen ini ialah kemunculan model pemasangan tempatan (CKD) baharu dan terkini iaitu Peugeot 408 di beberapa pengedar terpilih. Model ini dapat disaksikan dengan lebih dekat sebelum pelancaran rasminya yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk membuat tempahan awal bagi model ini semasa kempen berlangsung. Peugeot 408 ini merupakan salah satu daripada beberapa lagi model lain yang dirancang untuk dibawa masuk oleh Stellantis Malaysia bagi pasaran Malaysia.


Kalau ada yang masih ingat, model crossover fastback ini pernah dilihat diuji di jalan raya Malaysia tidak lama dahulu.

Spesifikasi ‘tidak rasmi’ Peugeot 408 yang telah dibocorkan di media sosial.
Spesifikasi 'tidak rasmi' bagi model tersebut telah bocor di media sosial semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Foto spesifikasi tersebut menunjukkan bahawa tiga varian akan ditawarkan iaitu varian asas Allure, varian pertengahan Premium dan varian paling tinggi GT.
Dibangunkan berdasarkan platform EMP2, semua varian ini akan menggunakan enjin turbo petrol 1.6 liter PureTech yang menghasilkan 215 hp dan 300 Nm kepada roda hadapan melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan. Setiap varian bakal hadir dengan senarai kelengkapan yang berbeza, dan varian paling ‘premium’ akan dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Antara ciri utama varian GT termasuk lampu hadapan jenis LED matriks, rim 'Monolithe Black' 20 inci yang menyerlah, panel instrumen '3D Quartz Display' 10 inci, tempat duduk dengan fungsi urutan dan banyak lagi.


Sesi pandu uji crossover 2008 (kiri) serta 3008 dan 5008 (kanan) turut ditawarkan.
Selain kemunculan model 408, 'Sinar Raya Open House Weekend' juga menyaksikan pengedar yang terlibat menawarkan sesi pandu uji untuk crossover 2008, 3008 dan 5008. Selain itu, model-model tersebut juga ditawarkan dengan rebat sehingga RM8,000 semasa kempen ini.
Pengunjung yang menguji pemandu mana-mana model tersebut layak untuk mengikuti cabutan bertuah "ketupat" dengan peluang untuk memenangi sehingga RM1,000 'Duit Raya' tambahan’ untuk tempahan yang dibuat.
Maklumat lanjut mengenai 'Sinar Raya Open House Weekend' boleh didapati dalam talian melalui laman Facebook rasmi Peugeot Malaysia, serta laman web rasminya, Peugeot.com.my.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cycle & Carriage Batu Caves Kini Turut Jadi Pusat Servis Peugeot – Promosi Istimewa
Cycle & Carriage Batu Caves dinaiktaraf, kini menempatkan pusat servis untuk jenama Peugeot.
14-07-2025
Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak
Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.
28-02-2025
Peugeot Umum Kempen "Drive Into Prosperity" : Rebat Cecah RM21,500, Manfaat Tambahan
Sempena Tahun Baru Cina 2025, Peugeot Malaysia mengumumkan tawaran penjimatan dan rebat luar biasa.
16-01-2025
Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!
Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model SUV kompak Peugeot 2008, menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia. Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,88, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan.
13-01-2025
Beli Kereta Peugeot Dengan Rebat Cecah RM40K, Waranti Lanjutan 7 Tahun & Banyak Lagi, Masa Terhad!
Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, sempena penghujung tahun ini, Stellantis Malaysia melancarkan kempen jualan istimewa "Year End Extravaganza" untuk jenama Peugeot.
18-11-2024
Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama
Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.
22-10-2024
C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!
Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.
06-10-2024
Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya
Peugeot Malaysia melancarkan bilik pameran yang terletak di Taipan, Subang Jaya, baru-baru ini.
02-09-2024
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

