ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Suhana Veru

Kongsi melalui

VMS-81.jpg

Ada berita baik buat warga Perak  dan Sarawak yang memiliki Ford Ranger serta Ranger Raptor!

Ini kerana pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) akan mengadakan penggembaraan off-road dan sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor di Slim River, Perak .

Acara itu akan diadakan di  Latihan  Off-Road 4x4 Ranger dan Cabaran Rakit Air di Kampung Ulu Slim, Perak, pada hari esok.

Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang bertempat di Kampung Beriang, Bau, Sarawak pada 27 April nanti.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pengalaman Ford Ranger Getaways disediakan untuk membantu pelanggan meneroka potensi penuh Ranger dan Raptor mereka. 

VMS-105.jpg

“Kami mengalu-alukan lebih ramai pemilik Ranger terutamanya pelanggan generasi baharu untuk ikut serta dalam sesi latihan ini dan belajar lebih lanjut tentang ciri yang ada pada kenderaan mereka, serta meningkatkan lagi kemahiran pengendalian dan keselamatan secara berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

VMS-835.jpg

Menyentuh mengenai latihan Off-Road 4x4 Ranger dan Cabaran Rakit Air di Slim River, ia menjanjikan pengalaman yang cukup mencabar dan menyeronokkan.

Acara tersebut akan dimulakan dengan latihan off-road 4x4 yang mesra pemula sebelum diteruskan dengan aktiviti rakit air di sepanjang Slim River.

Difahamkan, program itu dibuka kepada empat orang untuk satu kenderaan,.

VMS-905.jpg

Latihan Off-Road 4x4 Ranger dan Cabaran Rakit Air ini akan dimulakan secara konvoi dari Ford Ara Damansara ke lokasi rakit air di Kampung Ulu Slim, Perak. 

Sepanjang perjalanan, peserta akan menguji kemahiran asas 4x4 mereka dalam laluan 4x4 untuk pemula di bawah seliaan jurulatih, yang mana mereka bole mempelajari lebih banyak tentang kemampuan Ranger mereka.

Sebaik tiba di sana, peserta akan mengikuti pemandu tempatan Orang Asli secara berkumpulan selama dua jam di sepanjang sungai. 

VMS-143-(1).jpg

Perjalanan itu melibatkan jarak 8 kilometer dengan dua jeram kelas dua dan satu jeram besar kelas tiga.

Sementara itu, Latihan Kemahiran 4WD Sar4Trac pula terbuka untuk dua orang bagi setiap kenderaan, dan memberi peluang kepada pemilik untuk  mempertingkatkan kemahiran pengendalian Ranger dan Raptor mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Ia direka untuk peminat off-road yang ingin mempertingkatkan kemahiran mengendalikan kenderaan mereka di permukaan yang lebih mencabar.

Bagaimanapun, para peserta diperlukan untuk menghadiri sesi taklimat keselamatan, asas pemanduan 4x4 dan latihan halangan yang akan mereka lalui.

VMS-105.jpg

Di bawah pemerhatian dan seliaan jurulatih yang berpakar, peserta kemudiannya akan melakukan latihan amali sebenar bagi semua teknik asas tersebut untuk mengatasi halangan yang ada.

Halangan yang menanti termasuklah Dirt Track, Frame Twister, Mud & Gavel, Rutted Track, Ditch, Hill Ascent, Hill Descent dan Water Wading.

Semua peserta juga akan menerima sijil tamat latihan setelah selesai sesi berkenaan.

Untuk keterangan lanjut, KLIK.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-10-2025
Global

26-07-2023
Global

01-11-2022
Berita Auto

28-09-2022
Berita Auto

10-06-2025
Berita Auto

26-03-2025
Berita Auto

24-02-2025
Berita Auto

04-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.