Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb untuk tahun ini bagi membuktikan keupayaan kenderaan elektrik mereka.
Perlumbaan mendaki bukit yang paling ekstrem di dunia itu dijadualkan berlangsung pada 23 Jun ini.
Bagaimanapun, Ioniq 5 N sebelum ini ada menjalani beberapa ujian pada suhu cuaca yang melampau serta trek perlumbaan yang cukup mencabar seperti trek Nurburgring.
Jadi, jentera ini hanya memerlukan sedikit perubahan untuk membolehkan ia bersaing.


Apapun, Hyundai akan mengutamakan ciri keselamatan seperti menggunakan roll cage berbanding mengurangkan berat jentera tersebut.
Dua daripadanya adalah versi produksi yang telah diubah suai, manakala dua lagi telah dimodifikasi sepenuhnya untuk memecah rekod dengan mengeluarkan kerusi belakang tetapi digantikan dengan roll cage.

Malah, kerusi pemandu juga digantikan dengan kerusi jenis bucket Recaro Pro Racer SPA HANS dengan tali pinggang keledar enam poin jenama Sabelt.
Jentera ini juga dipasang dengan sistem pemadam api.
Di sebalik perubahan ini, Ioniq 5 N tetapi dibina berdasarkan Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) 800 volt yang sama seperti pengeluaran Ioniq 5 N, yang mempunyai bateri berkapasiti 84 kWj dan boleh menampung kadar pengecasan 350 kW DC .

Ia juga disumbat dengan motor berkembar iaitu sama seperti model pengeluarannya dimana ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 641 hp jika N Grin Boost diaktifkan.
Mengimbas semula mengenai jentera ini, ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.4 saat manakala kelajan maksimum pula 260 km/j.
Difahamkan, pemenang Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) sebanyak 11 kali, Paul Dallenbach dan bekas eksekutif Hoonigan, Ron Zaras akan memandu Ioniq tersebut.
Sementara itu, Ioniq 5 N versi yang diubaisuai pula akan dipandu oleh pemandu WRC untuk Hyundai Motorsport, Dani Sordo dan pemegang gelaran King of the Mountain di Pikes Peak, Robin Shute.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX5620
SELANGOR
BSU8944
JOHOR
JH978J
PULAU PINANG
PSH2710
PERAK
APM7703
PAHANG
CFJ3569
KEDAH
KGJ7362
NEGERI SEMBILAN
NEM5291
KOTA KINABALU
SJV732
KUCHING
QAB9583P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge