Ini 10 Cara Untuk Elak Lupa Anak Dalam Kereta

Sindrom Terlupa Anak atau Forgotten Baby Syndromate (FBS) bukanlah satu isu kecil, insiden di mana kanak-kanak ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kenderaan sering dilaporkan berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi juga di seluruh dunia.
Ada antara anak-anak kecil ini yang berjaya diselamatkan tetapi ramai juga yang tidak lagi ada peluang untuk melihat dunia luar, meninggalkan ibu bapa dengan rasa bersalah yang tidak berpenghujung.
Untuk mengelakkan kes ini daripada semakin berleluasa, CariCarz.com kongsikan beberapa tips penting yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan FBS. Berikut adalah 10 perkara penting yang boleh disematkan dalam kehidupan sebagai ibu bapa dengan anak kecil:
1. Amalkan tabiat memeriksa tempat duduk belakang kereta sebelum meninggalkan kenderaan, WALAUPUN jika anak anda tidak dijangka berada di dalam kereta. Jadikan amalan setiap kali menaiki kenderaan.

2. Gunakan apa sahaja sistem peringatan, seperti penggera pada telefon pintar, untuk mengingatkan diri sendiri untuk memeriksa tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta atau semasa bekerja. Anda juga boleh menggunakan ciri Child Reminder dalam aplikasi Waze. Caranya adalah dengan menekan Settings > Reminders > ON & SHOW Child Reminder, seperti yang dipaparkan di bawah:



3. Pastikan pasangan atau pengasuh mengingati tanggungjawab untuk menjemput dan menjaga anak, serta pastikan semua pihak memahami rutin harian. Telefon untuk memastikan semua mengingati tugas masing-masing.
4. Letakkan barang yang penting seperti handbag, dompet atau laptop di tempat duduk belakang yang menempatkan anak anda.

5. Letakkan label pada pemegang pintu di dalam kereta untuk mengingatkan tentang kehadiran mereka. Anda juga boleh meletakkan gambar anak pada meja di tempat kerja.

6. Letak beg susu atau keperluan lain anak di tempat duduk hadapan sebagai peringatan tentang kehadiran anak di belakang.
7. Elakkan daripada meletakkan tempat duduk kanak-kanak di belakang kerusi pemandu kerana anda tidak dapat melihat anak memandangkan sudut tersebut merupakan titik buta pemandu.

8. Perbanyakkan interaksi dengan anak semasa di dalam kereta untuk mengurangkan risiko terlupa tentang kehadiran mereka di dalam kereta.
9. Bina hubungan yang baik dengan keluarga, kenalan, rakan kerja dan jiran untuk bersama-sama membantu dan peka tentang keselamatan anak-anak.
10. Latih diri untuk mengenali tanda-tanda tekanan atau keletihan yang boleh menyebabkan kurangnya kesedaran tentang kehadiran anak di dalam kereta.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa. Bersama-sama kita berusaha untuk mencegah insiden ini daripada berulang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW1491
SELANGOR
BSU6516
JOHOR
JG4716J
PULAU PINANG
PSG8739
PERAK
APM5332
PAHANG
CFJ2557
KEDAH
KGJ6171
NEGERI SEMBILAN
NEM4186
KOTA KINABALU
SJU7488
KUCHING
QAB8464P
Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Insurans Banjir: Ini Anggaran Kos 'Special Perils' Yang Perlu Anda Tahu
RM8 hingga RM40 Sebulan Boleh Selamatkan Kereta Anda Daripada 'Total Loss' Musim Hujan.
27-10-2026
Kereta Rasa Stabil Tapi Penumpang Belakang Rasa Nak Muntah? Apa Sebenarnya Masalah Suspensi Anda?
Betul Ke Sebab Suspensi Kereta?
26-10-2026
Kereta Terpakai Anda Mungkin Bernilai Lebih Daripada Anda Fikirkan. Ini Apa Yang 10 Pemilik Dapat Melalui Konsainan
Mahu menjual kereta terpakai anda di Malaysia? Lihat apa yang diterima oleh 10 pemilik melalui konsainan CariCarz AutoMall, daripada Axia hinggalah Zeekr.
26-10-2026
Petrol Campur Air: 5 Tanda Enjin Kereta Rosak Lepas Isi Minyak
Kereta Meragam Lepas Isi Minyak? Semak Ini.
19-10-2026
Ngeri Tengok Alza 'Terbang' Di Tol Damansara! Tapi Boleh Tuntut Insurans Ke?
Kenapa Peril Khas Penting?
14-10-2026
Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi
Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.
07-09-2026
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)
Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.
07-09-2026
Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?
Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge