ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Dia SUV 4X4 GWM Haval Raptor Hi4 Yang Telah Dikemaskini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2024-GWM-Haval-Raptor-Hi4-4.jpg


Raptor Hi4


Kalau disebut nama ‘Raptor’ pasti ramai terbayangkan trak pikap jenama keluaran sebuah syarikat automotif dari Amerika Syarikat. Sebenarnya, model dengan nama ‘sama’ juga wujud di negara China, tetapi bukannya sebuah trak pikap. Di negara tersebut, Raptor Hi4, adalah sebuah  SUV 4x4 daripada  Great Wall Motor (GWM) di bawah sub-jenama Haval yang dipasarkan di negara tersebut. Tahun ini, model tersebut diberikan beberapa ciri baharu. 


Raptor Hi4 yang telah dikemaskini itu diperkenalkan secara dalam talian lebih awal daripada kemunculan pertamanya yang dijadualkan akan diadakan semasa pameran Auto China 2024 di Beijing hujung bulan ini. 


Menurut pengurus jenama Haval, Zhao Yongpo, versi yang dikemaskini ini dibangunkan dan dioptimumkan berdasarkan maklum balas daripada pengguna.


2024-GWM-Haval-Raptor-Hi4-1.jpg2024-GWM-Haval-Raptor-Hi4-6.jpg2024-GWM-Haval-Raptor-Hi4-5.jpg


Raptor Hi4 versi terbaru ini diberikan perubahan yang tidak begitu ketara berbanding versi asalnya. Kita nantikan perinciannya sebaik ia diperkenalkan secara rasmi semasa Auto China 2024 yang akan diadakan tidak lama lagi.


Setakat ini, GWM (Haval) masih belum mengeluarkan butiran mengenai saiz dan sistem kuasa yang digunakan untuk Raptor Hi4 baharu. Sebagai rujukan, versi sebelumnya berukuran 4,800 mm (panjang), 1,916 mm (lebar) dan 1,822 mm (tinggi), menjadikannya SUV yang cukup besar dengan jarak antara roda 2,738 mm.


Seperti yang dapat ‘diteka’ melalui namanya, SUV ini menggunakan sistem kuasa hibrid plug-in (PHEV) GWM yang terdiri daripada enjin turbo 1.5 liter dan dua motor elektrik. Sebagai perbandingan dan makluman, GWM Tank 400 Hi4-T yang baru dilancarkan menggunakan enjin 2.0 liter yang lebih besar, menghasilkan 408 hp dan 750 Nm.


2024-GWM-Haval-Raptor-Hi4-2.png


Dari segi reka bentuk, versi model 2024 yang dikemaskini ini tidak jauh  berbeza dengan versi sebelumnya. Perubahan kecil dapat dilihat pada gril tiga jalur serta logo jenama dan model. Ciri-ciri seperti lampu belakang ala Land Rover Defender dikekalkan.


2024-GWM-Haval-Raptor-Hi4-7.png


Di dalam kabin, versi MY 2024 yang dikemaskini juga kelihatan hampir sama dengan yang terdahulu. 


Beberapa peningkatan boleh  dijangkakan untuk ciri bantuan pemandu aktif (ADAS). Versi terdahulu GWM Haval Raptor Hi4 dilengkapi dengan kemampuan memandu separa autonomi Tahap 2 yang dibantu oleh 11 sensor, yang terdiri daripada sensor kamera dan radar.


Maklumat lebih lanjut dijangka akan didedahkan setelah model ini membuat kemunculan pertamanya di pameran Auto China 2024 minggu depan. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4425

SELANGOR

BSV1150

JOHOR

JH4055J

PULAU PINANG

PSH4006

PERAK

APM9459

PAHANG

CFJ4079

KEDAH

KGJ8106

NEGERI SEMBILAN

NEM5839

KOTA KINABALU

SJV1814

KUCHING

QAB197Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

06-01-2025
Global

17-04-2024
Berita Auto

15-04-2024
Berita Auto
Global

29-11-2023
Berita Auto

25-11-2023
Global

23-08-2023
Global

16-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.