Isu Tidak Pakai Jaket Rasmi Semasa Operasi – Ini Penjelasan JPJ
![]()
Baru-baru ini tular rakaman video yang menunjukkan pergaduhan antara pemandu bas ekspres dan beberapa individu yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tanpa memakai jaket rasmi ketika menahan bas tersebut.
Pihak JPJ dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa pegawai penguat kuasa mereka dibenarkan tidak memakai seragam atau vest bagi tujuan penyamaran ketika menjalankan operasi.
Dalam operasi khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 yang bermula pada 1 April dan berakhir pada 20 April, JPJ menggunakan pelbagai kaedah operasi termasuk penyamaran. Kaedah tersebut meliputi penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, menggunakan kenderaan tanpa lambang jabatan dan bertindak berdasarkan aduan daripada orang ramai melalui sistem eAduan dalam aplikasi MyJPJ.
Operasi pada 16 April yang dilakukan di Lebuhraya Utara-Selatan menghala arah Utara dekat Nilai, menunjukkan penggunaan kaedah penyamaran oleh JPJ untuk menahan bas tersebut. JPJ menekankan bahawa pegawai penguat kuasa yang tidak memakai uniform perlu mengemukakan kad kuasa sekiranya diminta.

Laporan polis yang dibuat oleh pemandu bas ekspres tersebut. (Foto: FB Tanpa Nama)
JPJ juga menjelaskan bahawa tindakan ini selaras dengan Seksyen 123 (1) dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Selain itu, kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden yang tular telah membuat laporan polis dan kes tersebut sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jabatan itu mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada PDRM bagi menjalankan siasatan. JPJ sentiasa komited untuk memastikan tahap keselamatan pengguna jalan raya dan menguatkuasakan undang-undang dengan sebaiknya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9142
SELANGOR
BSQ9127
JOHOR
JYB375
PULAU PINANG
PSD1837
PERAK
APJ3044
PAHANG
CFG8104
KEDAH
KGG5684
NEGERI SEMBILAN
NEK6829
KOTA KINABALU
SJS4605
KUCHING
QAB221P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat