Ketahanan Tayar MaxContact MC7, Memang Luar Biasa!
-full.jpg)
Buat julung kalinya, Continental menguji kawalan had tayar terbaharunya, MaxContact MC7 yang direka khas untuk pasaran Asia Pasifik, pada BRABUS 750 Bodo Buschmann Edition 1, di fasiliti ujian Continental Tyres di Contidrom, Jerman baru-baru ini.
Untuk makluman, Brabus 750 Bodo Buschmann Edition 1 merupakan model edisi terhad yang diasaskan dari Mercedes-AMG SL63.
-full.jpg)

Hanya terdapat 25-unit untuk pasaran seluruh dunia bagi mengabadikan nama pengasas badan penala dari Jerman, Bodo Buschmann.
Berbalik pada ujian itu, ia sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan kehebatan tayar dalam kawalan maksimum serta mengendalikan tork 900Nm, dengan tayar 275/35R21 dipasang di bahagian hadapan manakala tayar 315/30R21 dipasang di belakang.

Menurut Continental, Continental MaxContact MC7 membolehkan tork kereta sepantas kilat 900 Nm dilepaskan dan pada masa yang sama memastikan cengkaman yang maksimum dan pembrekan yang terbaik.
-full.jpg)

“Reka bentuk Cornering Macroblocks yang unik dan Kompaun ReFlex membantu MaxContact MC7 mencapai kebolehsesuaian yang luar biasa.
“MaxContact MC7 berjaya mengagihkan daya ke bahagian tayar yang lain untuk pengendalian yang lebih terkawal dan kestabilan yang luar biasa apabila pemandu mengambil selekoh lebih tajam walaupun pada kelajuan yang lebih tinggi,” katanya.
Tayat itu juga dikatakan menyediakan cengkaman yang dipertingkatkan serta jarak
membrek yang lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX1952
SELANGOR
BSU8035
JOHOR
JG8592J
PULAU PINANG
PSH1946
PERAK
APM6992
PAHANG
CFJ3284
KEDAH
KGJ6927
NEGERI SEMBILAN
NEM4960
KOTA KINABALU
SJU9642
KUCHING
QAB9422P
Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge