ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

MPV Futuristik Chery Exeed 08 Didedahkan, Akan Dipertontonkan di Auto China 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Exeed-08-MPV-6.jpg


Menjelang kemunculan pertamanya yang akan berlangsung semasa pameran automotif besar-besaran, Auto China 2024, Chery telah mendedahkan MPV mewah terbaru mereka, Chery Exeed 08. Model ini merupakan penambahan terbaru dalam barisan kenderaan mewah sub-jenama Exeed.


CIRI MEKANIKAL CHERY EXEED 08


Menurut laporan dari CarNewsChina, Exeed 08 MPV ini dilengkapi dengan trenkuasa 'tenaga baharu'. Bagaimanapun, kami yakin ini mungkin sebuah kenderaan elektrik (EV) yang akan menjadi sebahagian daripada barisan EV flagship baharu Exeed yang dikenali sebagai Exlantix, yang setakat ini telah merangkumi SUV ET dan sedan ES. 


Chery-Exeed-08-MPV-2.jpg


MPV ini dijangka akan menggunakan platform elektrik penuh, E0X seperti model lain dalam keluarga sama, yang menampilkan seni bina 800 volt bersama pakej bateri lithium fosfat besi (LFP) yang dibangunkan oleh CATL.


REKA BENTUK CHERY EXEED 08


Chery-Exeed-08-MPV-3.jpg


Rekaan Exeed 08 MPV telah dihasilkan melalui kerjasama antara pasukan rekaan Exeed di Eropah dan Shanghai, menggabungkan bahasa rekaan Wind Aesthetics 2.0 terkini jenama tersebut.


Chery-Exeed-08-MPV-4.jpg


Dari depan, MPV ini menampilkan gril depan yang berlampu, diapit oleh lampu depan LED dual-stack dengan DRL LED yang halus. 


Chery-Exeed-08-MPV-1.jpg


Dari sisi, Exeed 08 MPV tampil menyerlah dengan rekaan cermin depan yang  hampir rata bersambung dengan hud depan. Secara keseluruhannya ia kekal dengan bentuk badan kotak sebuah MPV, bersama ciri menarik seperti pintu jenis gelangsar dengan pemegang yang tersembunyi, kamera sisi digital menggantikan cermin sisi fizikal, serta rim besar yang tertutup sepenuhnya, tanpa jejari. 


Chery-Exeed-08-MPV-5.jpg


Di bahagian belakang, MPV elegan ini menampilkan lampu belakang LED berbentuk L yang dipasang secara menegak mengikut bentuk badan sisi kereta.


Apa lagi yang menarik tentang MPV ini? Segalanya akan didedahkan secara lebih terperinci semasa pameran  Auto China 2024 yang akan berlangsung minggu depan. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

18-04-2024
Berita Auto

14-05-2024
EV

06-05-2024
EV

26-04-2024
EV

26-04-2024
EV

26-04-2024
Global

25-04-2024
EV

25-04-2024

Berita Terkini

EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.