NexV Dapat Hak Pengedaran & CKD EV Baharu Dari China, Skyworth Di Malaysia
-full_normal.webp)
NexV Auto Alliance Sdn Bhd (NAASB), subsidiari Careplus Group Berhad, telah memperoleh hak pengedaran eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV) pintar Skyworth di Malaysia daripada Jiangsu Skywell Automobile, China.
Perjanjian pengedaran ini juga membolehkan NAASB menyediakan alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan untuk EV Skyworth di Malaysia.
EV Skyworth menggunakan teknologi terkini untuk memastikan kenderaan mampu mencapai prestasi yang tinggi, dan dalam masa yang sama kekal mesra alam. Kenderaan elektriknya memiliki ruang kabin pintar yang luas dan sistem hiburan yang canggih. Dengan teknologi bateri yang cekap, kenderaan ini boleh bergerak jauh dengan menggunakan kadar tenaga yang rendah, menjadikan pengalaman pemanduan selamat dan selesa.
-full_normal.webp)
CEO Careplus Group Berhad, Lim Kwee Shyan berkata, "Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan Skyworth untuk membawa EV mereka yang revolusioner ke Malaysia. Kerjasama ini sejajar dengan objektif kami untuk memimpin revolusi mobiliti elektrik Malaysia dengan membawa penyelesaian pengangkutan pintar, mampan dan berpatutan kepada pelanggan Malaysia."
Lim, yang juga merupakan CEO sementara NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB), memaklumkan bahawa kumpulan itu bercadang untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) model Skyworth di kilang Kawasan Perindustrian Chembong yang masih dalam pembangunan. Langkah ini membolehkan EV Skyworth ditawarkan di Malaysia pada harga yang lebih kompetitif.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Untuk makluman, NexV Auto ialah syarikat sama yang turut merancang pemasangan CKD dan mengedarkan jenama EV NETA di Malaysia. Usaha CKD akan dimulakan secara rasmi setelah kilang pengeluaran CKD Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Negeri Sembilan selesai dibangunkan.
-full_normal.webp)
Menurut sumber kami, NexV bercadang untuk memperkenalkan Skyworth EV6, yang kini sudah mula dipasarkan di negara China dan boleh ditempah di New Zealand. Walau bagaimanapun, tidak pasti sekiranya Malaysia akan menerima kesemua empat varian yang ditawarkan di China.
Menurut NexV, jenama Skyworth akan dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5994
SELANGOR
BSU7312
JOHOR
JG6512J
PULAU PINANG
PSH748
PERAK
APM6057
PAHANG
CFJ2939
KEDAH
KGJ6538
NEGERI SEMBILAN
NEM4576
KOTA KINABALU
SJU8394
KUCHING
QAB8942P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jenama EV China, Skyworth Batal Kerjasama Dengan NexV Auto, Pilih Berjaya Corp
Kerjasama dengan NexV Auto Alliance Sdn Bhd (NAASB) dibatalkan.
20-06-2024
Jenama EV China, Skyworth Batal Kerjasama Dengan NexV Auto, Pilih Berjaya Corp
Kerjasama dengan NexV Auto Alliance Sdn Bhd (NAASB) dibatalkan.
20-06-2024
Berita Terkini
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
