Petron Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri
![]()
JPJ dan snskidz menyumbangkan topi keledar motosikal dan kerusi keselamatan kanak-kanak secara percuma kepada yang terpilih dari kawasan kejiranan.
Petron Malaysia berkolaborasi dengan PDRM, JPJ, Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh dan snskidz untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek di majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Petron.
Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek, menegaskan komitmen Petron terhadap keselamatan jalan raya, "Petron Malaysia amat mengambil berat tentang keselamatan jalan raya. Sepanjang sedekad yang lalu, kami telah bekerjasama dengan pihak PDRM dan JPJ sebagai rakan strategik untuk mempromosikan program keselamatan.
“Kami berharap dengan menekankan langkah-langkah keselamatan yang penting yang sering diabaikan, seperti mengambil rehat yang mencukupi semasa memandu jauh, dapat mengelakkan lebih banyak kemalangan jalan raya," katanya.
Kempen Keselamatan Jalan Raya dilancarkan di Petron MRR2 Safari dengan sokongan dari PDRM dan JPJ. Petron juga menyumbangkan lebih daripada 100 pek minyak hitam motosikal kepada pelanggan Petron P-Miles di tiga stesen minyak.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, SAC Mohd Padzli bin Mohd Zain, memberi ucapan semasa majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri Petron.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, SAC Mohd Padzli bin Mohd Zain, mengingatkan masyarakat agar mematuhi undang-undang jalan raya, seiring dengan pelaksanaan Op Selamat 22 oleh PDRM sempena sambutan Aidilfitri. Dalam ucapannya, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang banyak mengakibatkan kemalangan seperti:
- Memandu melebihi had laju.
- Tidak mematuhi lampu isyarat.
- Memandu di lorong kecemasan.
- Memotong di garisan berkembar.
- Memotong barisan.
- Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Ketika majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di Petron MRR2 Safari, JPJ dan snskidz menyumbangkan topi keledar motosikal dan kerusi keselamatan kanak-kanak secara percuma kepada yang terpilih dari kawasan kejiranan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan.
Selain itu, jenama NESQ, Farm Fresh, dan Applecrumby® menyediakan pelbagai promosi dan sampel produk secara percuma kepada pelanggan Petron.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge