ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Peugeot 408, Ada 3 Varian, Versi CKD

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pemilik jenama Peugeot, Stellantis melancarkan secara rasminya Peugeot 408 di ibu negara, pagi tadi.

Peugeot 408 didatangkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilang Stellantis Malaysia yang terletak di Gurun, Kedah.

Firma itu berkata, model yang dilancarkan itu tidak mempunyai sebarang pesaing setakat ini.

Peugeot 408 didatangkan dalam tiga varian, varian standard ialah Allure, varian pertengahan (Premium dan varian teratas (GT).

image.pngimage.png

Kesemua varian disumbat dengan enjin petrol 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa setakat   218 hp and 300 Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 8.8 saat.

Dari segi dimensi, ia sepanjang 4,687 mm, selebar 1,859 mm dan setinggi  dan 1,487 mm.

Secara keseluruhannya, bumbung model ini agak namun jarak kelegaan tanah ialah  189 mm.

Dari segi peralatan, kesemua varian didatangkan dengan lampu depan LED manakala lampu belakang jenis claw effect.

Pada bahagian luaran, apa yang membezakan setiap varian ialah roda – 18-inci kelabu dalam Allure, 18-inci hitam untuk varian Premium, dan roda hitam 20-inci untuk GT.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya,  Peugeot  408 sekali lagi mempersembahkan konsep reka bentuk i-Cockpit jenama Peugeot yang membawa sentuhan  bergaya dan berteknologi tinggi.

image.pngimage.png

Ciri yang paling ketara di sini ialah stereng 'kompak', dan kehadiran paparan instrumen digital Kuarza 3D 10-inci dengan sentuhan i-Toggles namun ciri ini hanya ada pada GT.

Varian GT juga menerima tempat duduk hadapan dengan Fungsi Urut dengan fungsi memori.

Antara ciri yang ada pada GT ialah ,sistem audio Focal, kamera 360 darjah dan pintu belakang berkuasa.

Bagi varian Allure dan Premium, mereka masih menerima beberapa ciri mewah seperti mana ada pada GT.

Misalnya, pengecasan USB-C di hadapan dan di belakang, kawalan iklim automatik dengan belakang. infotainmen digital dengan sambungan Apple CarPlay dan upholsteri tempat duduk kulit mewah.

Selain 6 beg udara, program kestabilan elektronik (ESP) dan Active Hood untuk perlindungan pejalan kaki merupakan ciri standard pada semua varian Premium.

image.png

Apapun, GT turut hadir dengan pelbagai sistem bantuan pemanduan aktif.

Bagi yang berminat, ia sudah boleh ditempah di semua pengedar Peugeot di seluruh negara.

PEUGEOT 408 serba baharu hadir dalam empat pilihan warna menarik –(Perla Nera Black),  (Okenite White),  (Artense Grey) dan (Obsession Blue).

Peugeot 408 varian Allure berharga RM146,055 , RM166,055 (Premium), dan  RM196,055 (GT). 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL4058

SELANGOR

BSM4054

JOHOR

JYR2836

PULAU PINANG

PRY5263

PERAK

APF1519

PAHANG

CFF2427

KEDAH

KGE2957

NEGERI SEMBILAN

NEJ4875

KOTA KINABALU

SJQ2351

KUCHING

QAB2172N

Terakhir Kemas Kini 10 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Global

15-12-2025
EV

19-11-2025
EV

23-09-2025
Teknologi

23-09-2025
Berita Auto

27-08-2025
Global

30-07-2025
Global

17-07-2025
Global

08-07-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok

Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.

06-02-2026
Kereta Baru

Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*

Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.

05-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).

05-02-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.