ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pra-Tempahan BMW iX2 xDrive30 Kini Dibuka – Jarak EV 449 KM, Dari RM282K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

01.-BMW-iX2-xDrive30.jpg


BMW Group Malaysia buka pra-tempahan BMW iX2 xDrive30 generasi U11, terhad 100 unit sahaja.


BMW Group Malaysia menambah kenderaan elektrik (EV) dalam portfolio produknya dengan pengenalan BMW iX2 baharu. Pra-tempahan bagi model ini kini dibuka dengan hanya satu pilihan varian, iX2 xDrive30.


DSC00754.jpg02.-BMW-iX2-xDrive30-in-Fire-Red---Veganza-Mocha.jpg


EV yang diperkenalkan kali ini merupakan salah satu varian bagi model iX1 (kod casis: U11) dalam versi sporty berbumbung coupe. 


Berdasarkan laman web rasmi syarikat tersebut, pra-tempahan untuk EV baharu ini terhad kepada 100 unit sahaja, dengan harga yang bermula daripada RM282,800. Dengan penambahan pakej Perkhidmatan & Pembaikan BMW, caj yang dikenakan ialah RM14,200 menjadikan jumlah keseluruhan RM297,000.


Seperti kembar versi standardnya, iX1, yang dilancarkan di Malaysia dalam varian xDrive30 M Sport tahun lalu, iX2 xDrive30 juga menggunakan dua motor elektrik yang memacu kesemua roda (AWD). Kuasa dibekalkan oleh bateri berkapasiti 66.5 kWj. Dengan kuasa 313 hp, EV ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi dengan had elektronik 180 km/j.


Menurut BMW Group Malaysia, iX2 xDrive30 mempunyai jangkaan WLTP yang lebih tinggi berbanding iX1, dengan catatan jarak 449 KM berbanding 440 KM. Ini mungkin disebabkan oleh reka bentuk bumbung coupe yang lebih aerodinamik.



03.-BMW-iX2-xDrive30-in-Fire-Red---Veganza-Mocha.jpg


Rekaan yang aerodinamik membolehkan EV ini bergerak lebih jauh sehingga 449 KM berbanding model standard.


iX2 juga menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih bertenaga dan stabil dengan suspensi Adaptif M, Stering M Sport, Brek M Sport dan rim M dua warna 20-inci.


03.-BMW-iX2-xDrive30.jpg02.-BMW-iX2-xDrive30.jpg


iX2 diberikan pelbagai elemen sporty.


Ciri-ciri teknologi yang hadir dalam iX2 hampir sama seperti yang terdapat dalam iX1 namun dengan beberapa perbezaan kecil seperti penggunaan sistem kawalan berdasarkan Android Open Source. 


Kelengkapan standard adalah seperti paparan gabungan digital sepenuhnya untuk infotainmen (10.7 inci) dan kluster instrumen (10.25 inci), pad pengecas tanpa wayar, papar pandu (HUD), sistem audio premium Harman Kardon, bukaan but automatik dan sebagainya. 


06.-BMW-iX2-xDrive30-in-Fire-Red---Veganza-Mocha.jpgiX2-xDrive30-Portimau-Blue-M-Alcntr-Vgnz-2.jpgiX2-xDrive30-Cape-York-Green-Veganza-Atlas-Grey-2.jpgiX2-xDrive30-Alpine-White-Veganza-Mocha-2.jpg
iX2-xDrive30-Black-Sapphire-Veganza-Coral-Red-2.jpgiX2-xDrive30-Skyscraper-Grey-Veganza-Atlas-Grey-2.jpgiX2-xDrive30-Brooklyn-Grey-Veganza-Black-2.jpg



BMW iX2 xDrive30 ditawarkan dalam tujuh pilihan warna luaran dan lima pilihan warna untuk ruang kabin. 


Apa pendapat anda tentang EV Bavaria terbaru ini? Kongsikan komen anda di bawah. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS8543

SELANGOR

BSU2471

JOHOR

JF3075J

PULAU PINANG

PSG1603

PERAK

APL9371

PAHANG

CFH9321

KEDAH

KGJ3537

NEGERI SEMBILAN

NEM1920

KOTA KINABALU

SJU4351

KUCHING

QAB7134P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.