ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

PRO-NET Terima Pembiayaan RM200 Juta Daripada CIMB – Bantu Tingkat Infrastruktur EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1..JPG


Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET, Roslan Abdullah (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perbankan Borong Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin (tiga dari kiri) merasmikan kerjasama pembiayaan sebanyak RM200 juta. 


Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), telah menerima pembiayaan RM200 juta daripada CIMB untuk menyokong inisiatif mobiliti hijau serta untuk import dan pengedaran kenderaan elektrik smart di Malaysia.


Sebagai pengimport eksklusif kenderaan smart di Malaysia dan Thailand, PRO-NET memperkenalkan model smart #1 yang dibangunkan berdasarkan Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA) dan direka oleh Mercedes-Benz. Dengan rangkaian luas termasuk 13 lokasi pengedar cawangan smart, aplikasi 'Hello smart App', dan pelan perkhidmatan pelanggan yang kukuh, PRO-NET menawarkan penyelesaian mobiliti elektrik yang menyeluruh.


4..jpeg


PRO-NET juga memegang tanggungjawab untuk memenuhi komitmen PROTON dalam agenda kenderaan elektrik serta menyokong peralihan ke arah pengeluaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.


3..jpeg2..jpeg


Menurut  Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET, Roslan Abdullah, pembiayaan daripada CIMB menunjukkan sokongan terhadap inisiatif PRO-NET dalam memperluas pasaran EV. Roslan menegaskan bahawa pembiayaan tersebut akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur EV dan pengalaman pengguna secara keseluruhan.


"Kami berterima kasih kepada CIMB atas peluang yang diberikan kepada PRO-NET dan PROTON untuk mengembangkan penawaran kami dan menyediakan pelbagai pilihan model EV bagi memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah," katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perbankan Borong Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin menyatakan sokongan mereka terhadap inisiatif mobiliti hijau PRO-NET.

"Langkah ini selaras dengan aspirasi CIMB Group untuk menjadi bank utama di ASEAN dan menjadi peneraju dalam kelestarian di rantau ini, seperti yang dinyatakan dalam pelan strategik Forward23+ kami," katanya.

CIMB juga telah melancarkan pelbagai penyelesaian kewangan EV untuk merangsang penggunaan EV dan menyokong peralihan ke arah mobiliti mampan di ASEAN.

Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4119

SELANGOR

BST7525

JOHOR

JE3835J

PULAU PINANG

PSF5987

PERAK

APL5165

PAHANG

CFH7539

KEDAH

KGJ1407

NEGERI SEMBILAN

NEL8749

KOTA KINABALU

SJU1544

KUCHING

QAB5753P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026
EV

04-02-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025

Berita Terkini

EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.