- Berita
- Kereta Baru
- Tempahan Honda City Hatchback Facelift Kini Dibuka – Pelancaran Suku Ke-2 Tahun Ini
Tempahan Honda City Hatchback Facelift Kini Dibuka – Pelancaran Suku Ke-2 Tahun Ini
-full.jpg)
Tempahan Honda City Hatchback versi facelift kini telah dibuka. Bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini.
Selepas membuat penampilan sulungnya di Thailand awal tahun ini, Honda City Hatchback yang telah diberikan kemas kini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Menjelang pelancarannya, Honda Malaysia hari ini telah membuka tempahan model tersebut di semua cawangan pengedaran sah di seluruh negara.
Sejak dilancarkan di Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 2021 sebagai pengganti Honda Jazz, model kembar kepada sedan Honda City ini telah terjual sebanyak 28,700 unit.
Kini, syarikat tersebut mengharapkan agar momentum sama dapat dikekalkan melalui pelancaran Honda City Hatchback facelift. Untuk versi kali ini, beberapa penambahbaikan telah diberikan kepada semua varian, termasuk varian tertinggi, e:HEV RS.
-full.jpg)
Seperti versi Thai yang ditunjukkan awal tahun ini, varian hibrid e:HEV RS diberikan bampar dan gril hadapan dalam rekaan baharu, rim 16 inci dengan kemasan berwarna hitam Berlina dan beberapa lagi sentuhan baharu yang lain.
Varian hibrid yang sporty ini dijangka akan dikuasakan oleh enjin e:HEV yang sama, yang terdiri daripada enjin petrol 4 silinder 1.5 liter yang dipadankan dengan e-motor dan sistem bateri. Untuk makluman pembaca, sistem pembakarannya mencatatkan output yang mengagumkan sebanyak 121 ps dan 145 Nm yang menjalankan fungsi utama sebagai penjana yang mengecas bahagian elektrik kenderaan.
-full.jpg)
Dari segi keselamatan, Honda Malaysia juga memaklumkan bahawa pakej bantuan pemandu aktif (ADAS) Honda Sensing dan pakej keselamatan canggih lain akan disertakan sebagai kit standard kesemua varian. Pakej tersebut telah dikemaskini dengan tambahan ciri notifikasi kereta depan keluar lorong (LDCN), sementara varian tertinggi, e:HEV RS menerima sistem mengekor kelajuan rendah (LSF) dalam pakej keselamatan kawalan jelajah adaptif (ACC).
Selain daripada maklumat yang telah kami kongsikan, Honda Malaysia masih belum membuat sebarang pendedahan terperinci. Dijangkakan lebih banyak butiran akan didedahkan menjelang pelancarannya tidak lama lagi. Nantikan artikel kami yang akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge