ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Yaris G Limited – Versi Sporty Ini Terhad 600 Unit, Hanya RM99,600

Sofea Najmi

Kongsi melalui

yaris-g-limited-lifestyle-02.jpg


Toyota Yaris G Limited


UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini  mengumumkan bahawa versi istimewa Toyota Yaris G Limited kini ditawarkan di pasaran. Terhad hanya 600 unit, setiap satu dilengkapi dengan pelbagai elemen sporty. 


Versi keluaran terhad ini diberikan peningkatan dari segi trenkuasanya dengan penambahan sistem ambilan udara sejuk dan throttle controller yang menjanjikan tindak balas enjin yang lebih  baik. 


Turut dikemaskini ialah casisnya yang kini diberikan suspensi talaan khas sport. Semakan pantas melalui laman web UMWT turut mendedahkan bahawa satu set bar pengukuh casis juga telah dimasukkan. Ciri sporty lain ialah penggunaan tayar prestasi yang tidak didedahkan namanya, menjanjikan kawalan dan kecekapan yang lebih baik, sesuai dengan peningkatan yang dibuat pada bahagian enjinnya yang kini lebih responsif. 


toyota-my-yaris-car-with-parts-dark.jpgtoyota-my-yaris-g-limited-throttle-controller.jpgtoyota-my-yaris-g-limited-shock-absorbers.jpg


Kemas kini prestasi yang diberikan pada G Limited adalah termasuk throttle controller, sistem ambilan udara sejuk,  suspensi talaan sport serta satu set bar pengukuh casis. 


G Limited turut diberikan pakej aerokit penuh yang eksklusif. Aspek lain seperti enjin yang digunakan masih sama seperti varian Yaris 1.5 G AT. Untuk makluman, hatchback segmen B ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter 4 silinder Dual VVT-i yang menghamburkan kuasa sebanyak 107 PS dan 140 NM kepada roda hadapan melalui transmisi CVT 7 kelajuan.


Model ini dilengkapi dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS). Ia terdiri daripada beberapa ciri bantuan pemandu aktif (ADAS), iaitu sistem pra-pelanggaran (PCS), amaran keluar lorong (LDA), pemantau titik buta (BMS) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA).


Kit standard adalah termasuk tujuh beg udara, bantuan mula-daki (HAC), pemantau pandangan panoramik 3D (PVM) serta skrin infotainmen 9 inci yang menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.


toyota-yaris-g-limited-exterior-06.jpgtoyota-yaris-g-limited-exterior-02.jpg


Yaris G Limited ditawarkan pada hagra RM99,600, atau RM8,000 lebih tinggi daripada varian Yaris 1.5G AT. 


Toyota Yaris G Limited yang ditawarkan hanya 600 unit di pasaran ini dijual pada harga RM99,600, atau RM8,000 lebih tinggi berbanding model yang menjadi asasnya, Yaris 1.5G AT.


Pembelian adalah termasuk waranti standard UMWT selama 5 tahun tanpa had jarak perjalanan. Ciri sporty dan prestasi tambahan yang didatangkan dalam model terhad ini diberikan waranti selama 1 tahun atau sehingga 20,000 km. 

Baca: Kenapa Harga GR Yaris Mahal Sangat, Ada Sebabnya

yaris-g-limited-lifestyle-07.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-06-2024
Kereta Baru

25-04-2024
Berita Auto

28-11-2023
Kereta Baru

18-09-2023
Kereta Baru

09-05-2023
Global

04-04-2023
Global

10-03-2023
Berita Auto

22-11-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.